berita

Kena Kecam Sebab Tegur Gaya Fesyen Artis, Zainal Abidin Sifatkan Segelintir Peminat Kurang Ajar & Bodoh

September 5th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Datuk Zainal Abidin menempelak segelintir peminat artis yang bersikap kurang ajar dan biadab ketika memberikan komen di media sosial.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: ‘Sopan, Cantik & Bertutup-Litup Semua Malam Ni’ – Netizen

Artikel Berkaitan: #ABPBH35 Aina Abdul Datang Naik Lori, 10 Orang Terpaksa Tolong Angkat Baju

Kena kecam

Menerusi laporan Harian Metro, Zainal memberitahu dia berasa kecewa dengan komen-komen pedas yang diterima. Tambahnya, perkara tersebut boleh disifatkan sebagai satu hinaan.

Peminat sekarang kurang ajar dan bodoh. Ramai antara mereka yang ‘post’ dulu baru fikir. Sepatutnya mereka fikir dulu baru ‘post’. Saya terima segala teguran atau kritikan kalau mereka menegur secara berhemah.

Ini tidak, komen yang ditulis semuanya kurang ajar dan biadab seperti panggil saya dengan panggilan pakcik tua nak mampus serta kubur dah panggil.

Ujar Zainal lagi, dia berharap setiap pengguna media sosial terutama peminat fanatik artis supaya beradab dan bijak menggunakan media sosial.

Bagi saya, janganlah guna bahasa sedemikian. Daripada saya terbuka hati nak terima nasihat, saya jadi makin benci. Kita orang Melayu dan beragama Islam sepatutnya kaya dengan adab dan adat. Walaupun anda ustaz sekali pun, kalau tiada adab yang baik tetap saya tak boleh terima.

Sebelum ini, Zainal menerima kecaman yang teruk oleh peminat fanatik kepada seorang penyanyi wanita selepas tindakannya menegur gaya fesyen artis itu yang disifatkan keterlaluan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×