berita

‘Kena Pujuk Baru Mahu Ambil Gambar Bersama’ – Vicha Akhirnya Dedah Wajah Suami

January 24th, 2022 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Sebelum ini, pelawak dan pelakon kelahiran Indonesia, Vicha memaklumkan bahawa dirinya sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki dari Nigeria yang dikenali sebagai Johnson. Menurut pemilik nama Refika Novianti Faturohman itu, dia sudah bernikah pada 2019 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki, Michael Trevor Ayomide yang kini berusia dua tahun.

Artikel berkaitan: 7 Tahun Kenal ‘Daddy’, Vicha Umum Dah Kahwin Dengan Jejaka Nigeria – ‘Nak Bawa Anak-Anak Tinggal Bersama & Bersekolah Di Malaysia’

Terbaru, Vicha mendedahkan wajah suaminya di Instagram.

Bukan yang suka ambil gambar

Selepas saya bagitahu yang saya sudah menikah, banyak yang dm Vicha tunjuklah suami awak nak tengok. Kalau boleh kita cakap selama 7 tahun ni saya dengan dia rasanya gambar kami berdua hanya ada beberapa sahaja. Daddy ni bukan typical yang suka ambil gambar kena pujuk dulu baru mahu yang kenal pasti tahu dia macam mana betul tak?

Menurut Vicha, selama mereka berkenalan dan berkahwin, dia jarang mengambil gambar bersama Johnson. Ini kerana, suaminya bukan sejenis yang suka bergambar. Tambah Vicha, Johnson pernah berpesan kepadanya agar jangan memuat naik foto bersama di media sosial. Namun begitu, Vicha merasakan sudah tiba masanya dia memperkenalkan Johnson kepada umum. Vicha memperkenalkan Johnson kepada umum ketika menghadiri majlis perkahwinan Syura, baru-baru ini.

Dia selalu cakap saya ni bukan artis macam awak saya ni orang biasa saja. So tak payah post. Tapi tak apa ni kita belanja gambar buat kenangan siapa tahu kami ada rezeki berdua boleh juga buat majlis kahwin macam yang kami impikan insyaallah i know allah selalu permudahkan urusan kami yakin jer dengan perancangan Allah.

Tiada niat nak rahsiakan

Terdahulu, Vicha memberitahu bahawa dia tidak berniat untuk menyembunyikan hal perkahwinannya kepada umum sebelum ini. Ujar Vicha lagi, dia menunggu waktu yang sangat sesuai untuk memberitahu kepada para peminat dan semua bahawa mereka sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Disoal mengenai apa keistimewaan Johnson sehingga Vicha sanggup menamatkan zaman ibu tunggalnya, Vicha hanya menjawab karakter suami membuatkan dirinya jatuh hati.

Sumber: Vicha

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×