Penyanyi Liza Hanim meluahkan rasa risau dengan keadaan kesihatan untuk projek besar yang membabitkan nama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang bakal berlangsung Julai hadapan.
Artikel Berkaitan: Peminat Sebak Tengok Liza Hanim Kongsi Pentas Dengan 2 Anak Perempuan – ‘Mereka Lihat Anak Saya Membesar’
Artikel Berkaitan: Jangan Buat Orang Sentap! Liza Hanim ‘Buka Mulut’ Isu Kena Body Shaming Di IG
Artikel Berkaitan: #AJL37: Kembali Bertanding Selepas Dua Dekad, Liza Hanim Nak Buat Sehabis Baik Demi ‘Bahagiakan Dia’
Penyakit bukan-bukan
Ketika ditemui OhBulan!, Liza Hanim memaklumkan bahawa penyakit sekarang amat tidak dijangka dan menyebabkan perubahan pada suaranya.
Tambahnya lagi, dia dijangkiti Covid-19 sebanyak tiga kali dan bersyukur kerana tidak perlu masuk hospital seperti pesakit lain.
Kesihatan adalah cabaran untuk konsert ini. Sekarang ini penyakit ‘mengarut’ terutama kepada penyanyi. Kalau dia serang, dia serang hidung, dada dan terus ke tekak. Dan suara terus akan kasar.
Memang rasa sangat beza dengan tiga tahun lepas. Sekarang kalau kena, dia memang buat kita down teruk. Kesan daripada tiga kali dijangkiti Covid-19 ni lebih kepada pernasafan dan stamina.
Liza Hanim berkata demikian ketika Sidang Media Konsert P. Ramlee – Signature A Minor 7 di PJ Performing Arts Centre (PJPAC), One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya.
Selain itu, ibu kepada lima cahaya mata itu turut memaklumkan bahawa dirinya cepat penat apabila melakukan kerja-kerja rumah. Oleh kerana itu, Liza kerap kali mempraktikkan latihan pernafasan bagi mengembalikan staminanya.
Bersyukur masih boleh bernyanyi
Apabila ditanya tentang kerjayanya sebagai seorang penyanyi, Liza menyatakan bahawa segala yang dilakukan harus mengikut kemampuan diri sendiri.
Katanya lagi, segala yang terjadi pasti memberi kesan kepada suaranya namun, Liza memilih untuk menerima seadanya.
Apa pun perkara kena buat sesuai dengan usia. Saya menerima.
Tahun ini saya baru 43 nak masuk 44 tahun. Walau bagaimanapun, perubahan itu akan berlaku. Saya tak boleh nak risau kerana ini adalah perkara yang normal.
Saya ni manusia, saya harus terima. Saya bersyukur dan saya kena raikan kerana saya masih boleh menyanyi. Kalau betul tiba masa untuk saya dah tak boleh menyanyi, saya kena terima.
Selagi saya mampu, selagi saya dapat keizinan, saya akan teruskan. Alhamdulillah masih ada orang nak dengar saya menyanyi.
Dalam pada itu, Liza memaklumkan bahawa ianya sukar untuk memberi kefahaman kepada orang luar dengan keadaan penyanyi yang tidak akan kekal sama seperti dulu.
Namun begitu, pelantun lagu ‘Bahagiakan Dia’ itu memilih untuk mengendahkan pendapat sesetengah orang yang tidak memberi apa-apa manfaat kepadanya.