berita

Kena Tahan 8 Jam, Dilayan Macam Banduan, Kali Ini Cerita 5 Sekawan Pula Kena ‘Halau’ Balik Dari Korea!

November 20th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Kalau sebelum ini, hasrat tiga orang sahabat untuk melancong ke Korea terkubur begitu sahaja apabila dua orang daripada mereka dihantar pulang. Kali ini perkara yang sama berlaku ke atas lima sekawan ini apabila mereka ditahan oleh pegawai imigresen selama 8 jam.

Apa yang menyedihkan apabila mereka dilayan seperti banduan dengan tidak diberikan makan dan minum. Walaupun sudah membuat persediaan awal, namun mereka tetap tidak diendahkan oleh pihak imigresen Korea di sana. Alahai kesiannya.

Setahun rancang

CERITA MACAMANA AKU PERGI KOREA BALIK HARI DAN TERUS KE BANDUNG

So basically ni cerita pasal macamana aku pergi korea balik hari lepastu tiba-tiba ada dekat Bandung. Hahahaha. First skali aku nak mintak maaf kalau cara penulisan aku agak berterabur sebab ni first time aku share pasal travel experience aku kat social media. Aku malas sebenarnya nak menulis tapi ramai kawan-kawan aku suruh aku share pasal benda ni so here it is.

So nak dijadikan cerita aku dengan 4orang kawan sekerja aku planning untuk pergi ke korea selatan (one year planning). Dah la cuti boss tak nak sign (hampeh punya boss) tapi kitorang cuti jugak sebab semua dah book dah bayar. So 6 Nov 19 tu flight ktorang. So mcm biasa la ready apa yang patut apa semua kitaorang pon fly to korea. Bermula la kisah pengembaraan 5 anak muda ke Korea balik hari. Hahaha. So sampai je ke Incheon airport tu masing-masing dah excited dah ni (benda setahun plan mahu tak excited) so kitorang beratur la mcm biasa kan.

Dah study itinerari

Sampai giliran aku je kat imigration tu dia ambik passport aku lpastu dia macam berbual-bual dgn kawan sebelah dia sambil tunjuk-tunjuk passport aku. Aku dah rasa lain macam dah. Lepastu bende yg aku jangka sebelum ni terjadi. Dia suruh aku tunggu kat tepi sambil dia kumpul semua kawan-kawan aku yang lain lepastu kitaorang dibawa ke bilik kuarantin aka bilik termenung. Untuk pengetahuan korang, semua benda aku dah standby untuk bende ni. Semua dah print and aku compile untuk setiap sorang.
– Ticket balik
– Complete itenerary 7 hari
– Segala booking yg aku buat utk theme park, nami island jadah semua
– Booking hotel
– Confirmation letter company

Semua benda alah ni aku dah print siap bagi setiap sorang and aku dah suruh semua kawan aku study itinerary tu.
So sesi soal siasat pon bermula. Aku buat relax jela jawab jela apa dia tanya (aku tak tau la kawan2 aku jawab mcm mana) tapi aku jawab mana aku boleh jawab. Pasal dia pon bukan tahu cakap english, dia pakai translator kau kena cakap dekat phone bongok dia tu lepastu orang tu translate kan. So aku tak rasa bende tu 100% efisyen. Tapi nak buat mcmana kan negara diorg. Aku pon jawab segala soalan pasal kerja, status aku, pasal company aku kerja dan juga segala itenerary aku sepanjang kat sana.

Dipaksa sign borang untuk dihantar pulang

Dipendekkan cerita, selepas sesi soal jawab selama lebih kurang 2 jam dia pon keluarkan satu surat dia suruh aku sign tapi aku tak nk sign (surat tak dibenarkan masuk korea). Aku ckp dgn dia tak boleh ke aku nak buat rayuan ke apa ke. Dia ckp tunggu dulu dlm bilik termenung tu. Aku pon tunggu dan tunggu dan tunggu sambil termenung dlm kelaparan. 8 jam berlalu, aku kawan2 aku dan bersama beberapa lagi tahanan kena escort ke satu lagi bilik menunggu. Dah mcm banduan aku rasa sebab kena beratur 3-3. Terkeluar dari barisan je kena marah weh.!! Hahahhaha..

Dari aku kena tahan tadi sampai lah sekarang ni aku dengan member-member aku takde dapat air ke apa ke bapak lapar weh. Last makan dalam flight je. Dekat bilik termenung lagi skali ni basically tengah tunggu masa balik je so kitaorang pon redha jela. Tapi kita orang sebenarnya tak diberitahu pon apa sebab kita orang tak lepas masuk, bila kita orang akan balik apa semua ktorg mcm TERGANTUNG SEPI je kat situ. Hisap rokok pon tak boleh lama2 kene jerit dgn diorang. Babi sungguh layanan diorang. Lagi sejam gitu sblum flight kita orang baru dia orang bagi kita orang roti dengan air satu. Tu je.

Terus rancang ke Indonesia

So aku pon tanya dengan salah sorang security kat situ yang mcm ok sikit boleh tak tengokkan kat white board tu kita orang balik pukul brapa. So dia cakap kita orang akan balik 11.30pm malam tu. Sedap sikit hati ni sebab dapat balik. Aku da tak pikir apa dah aku cuma pikir nak balik je tinggalkan tempat sial ni. Hahahahaha. Sorry not sorry. Nak dijadikan cerita lagi aku pon terasa la kesian kat kawan2 aku. Pasal ada 3 org first time travel ke luar negara kena macam ni. So aku tanya dia orang berapa duit dia orang ada buat kira-kira time tu jugak and aku decide untuk bawak diorang pergi Bandung pasal bandung ni da mcm kampung aku tiap2 tahun aku pergi.

Aku pon call la contact aku kat bandung suruh tolong book kan apa yang patut yela bende betol2 last minit. Dia pon setuju nak tolong semua Alhamdulillah. Tq mas bam nolongin aku. Siapa nak pergi bandung boleh contact dia ni. Bambang Wahyu Prayudi. Sampai KLIA2 pukul 5 pagi. Keluar pergi sarapan tunggu money changer bukak semua park kereta kat salak tinggi terus balik KLIA2 semua naik flight ke Jakarta pukul 2.30pm and habiskan semua cuti and duit ktorg kat bandung.

Jadi tu lah cerita cam mana aku dgn kawan-kawan aku pergi korea balik hari dan terus ke bandung untuk menghiburkqn hati yang lara. Sebelum aku akhiri tulisan aku ni aku nak pesan pada semua org yg nak ke Korea pastikan semua standby cukup2 study btol2 tapi mcm aku semua ckup still tak lepas. Anggap jela benda ni bukan rezeki. Rezeki aku dgn kawan2 aku kat bandung disamping awek-awek bandung yang cun. SEKIAN.

Ps. Kita orang turun kat jakarta sebab flight jakarta lagi murah jauh sangat. Naik train ke bandung. So dapat jugak cover 2 tempat. Aku share sikit la gambar-gambar kat bandung ni and sikit gambar aku kat airport korea. Sebenarnya trip yang random ni lagi best sbnrnya. Hehehehe. TOTAL DUIT LEBUR : RM2K/person. JUST THINK POSITIVE JALAN TERUS.!!

UPDATE : Ktorg tak diberitahu kenapa ktorang tak dibenarkan masuk. Dah tanya kena marah. Suruh duduk diam2 bahasa korea. Hahaha. NO NEGATIVE COMMENTS PLEASE. Benda dah jadi pon. Kitorang pon redha je dengan apa yg jadi. Share pon untuk panduan orang lain yg ada planning nak kesana.

Sumber : Nør Azam

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×