berita

Kenakan Bayaran RM400 hingga RM600 Seorang, Doktor ‘Jual’ Sijil Vaksinasi Ditahan

January 11th, 2022 | by Iman
Kini Trending

Kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 yang dipercayai palsu terbongkar apabila polis merampas hampir 100 kad peringatan imunisasi (janji temu) serta menahan seorang doktor lelaki berusia 51 tahun di sebuah klinik swasta, Marang, Terengganu.

Doktor tersebut ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKJK).

Artikel berkaitan: Viral Screenshot Cuma Ambil Dos Pertama, KJ ‘Tayang’ Sijil Vaksin Dah 3 Kali Cucuk – ‘Jangan Terpengaruh’

Urusan dalam talian

Sekadar Gambar Hiasan

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, serbuan berkenaan dilakukan atas hasil maklumat diterima mengenai kegiatan penipuan membabitkan pengeluaran sijil vaksin kepada golongan yang tidak mahu disuntik vaksin atau antivaksin.

Tambahnya lagi, urusan penjualan oleh suspek dilakukan secara dalam talian sejak September lalu, setiap sijil dikenakan bayaran antara RM400 hingga RM600. Terdapat kira-kira 1,900 individu yang dipercayai mendapatkan sijil tersebut dan hasil daripada serbuan itu juga polis merampas dokumen yang berkaitan dengan sijil vaksinasi tersebut.

Setakat ini, ada kira-kira 1,900 individu dipercayai mendapatkan sijil itu dan kita sedang menyiasat sama ada kesemuanya tulen atau sebaliknya.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dokumen berkaitan, kad janji temu vaksinasi , komputer riba, telefon dan lain-lain.

Pelanggan dari luar Terengganu

Kredit foto: AstroAwani

Katanya lagi, siasatan akan dilakukan dengan lebih terperinci bersama Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat pemeriksaan terhadap aplikasi Mysejahtera individu yang terlibat.

Siasatan akan dijalankan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menilai dan membuat pemeriksaan terhadap aplikasi MySejahtera individu terbabit.

Ujar Rohaimi lagi, kegiatan tersebut dihebahkan melalui kenalan yang dipercayainya, hasil daripada siasatan mendapati kegiatan tidak bertanggungjawab itu sudah bermula sejak September tahun lalu sekali gus mendapati terdapat dokumen yang turut membabitkan pelanggan dari Kedah dan Kuala Lumpur.

Kita melihat ada dokumen membabitkan pelanggan dari Luar Terengganu, namun tidak logik mereka datang ke negeri ini untuk mendapatkan suntikan vaksin di sebuah klinik di Marang, dan itu antara faktor disiasat KKM.

Terbaru, menurut laporan Astro Awani, perintah tahanan reman ke atas suspek dilanjutkan selama dua hari mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian, Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×