berita

Kenali Malaysia Tercinta Dengan Lebih Mendalam Di GEGARIA Throwback Tunnel! #GOGEGARIA

December 29th, 2017 | by Noraniza
Kini Trending

Sudah pasti korang berbangga bila sebut ‘Saya Anak Malaysia’ kan? Tapi, apa erti ayat keramat tersebut jika korang sendiri tak mengenali Malaysia dengan sepenuh hati.

Bila ilmu mengenai Malaysia penuh di dada, barulah wujud rasa cinta pada tanah tumpah darah perjuangan nenek moyang kita ni kan?

Oleh itu, apakata kita sama-sama menyelami dan mengenali Malaysia menerusi Throwback Tunnel di karnival GEGARIA ni nanti! Bila dan dimana?

Artikel Berkaitan: Jom Ramai-Ramai Serbu GEGARIA Pada 13 Januari Di Setia City Mall Shah Alam! #GOGEGARIA

Anak Malaysia sejati pasti akan teruja di Throwback Tunnel GEGARIA!

Seperti yang dah viral sekarang, karnival GEGARIA akan menjengah hujung minggu anda tak lama lagi. Nah, korang boleh refer jadual di bawah ni!

Tarikh : 13 Januari 2018

Lokasi : Setia City Convention Centre, Car Park B, Shah Alam

Tarikh: 3 Februari 2018

Lokasi : Angsana Johor Bahru Mall, Padang A, Johor Bahru

Tarikh: 24 Februari 2018

Lokasi : Stadium Darul Makmur, Kuantan

Tapi, apa yang ada di Throwback Tunnel GEGARIA ni?

Gambar ilustrasi

Throwback Tunnel di GEGARIA yang dibuka daripada jam 10 pagi sehingga 6 petang ni merupakan kapsul mini Malaysia yang mana korang akan dibawa mendalami sejarah dan pembangunan Malaysia yang dibahagikan mengikut acara gemilang berlaku setiap dekad.

Lebih syok lagi, setiap foto arkib diserikan lagi dengan cahaya lampu juga muzik yang bakal membangkitkan nostalgia korang. Mesti terimbau kenangan manis masa kecil dulu kan?

Malah, Throwback Tunnel di GEGARIA ini juga bertujuan untuk membangkitkan rasa cinta dan hormat generasi muda kepada orang yang lebih tua, malah nenek moyang kita yang bertarung nyawa demi sebuah kemerdekaan.

Sudah tentu, dengan adanya Throwback Tunnel di GEGARIA, ia secara tak langsung bakal memberikan inspirasi kepada anak muda macam kita semua ini untuk mencipta negara Malaysia yang lebih baik!

Oh, di luar kawasan Throwback Tunnel GEGARIA ini, ada juga aktiviti tau. Katanya ada jual putu mayam, apam balik, basikal jual ais krim, gerai jual kacang dan Abang Bai roti! Memang legend semua ni!

Gambar Ilustrasi

Bukan sahaja bersukaria, tapi ada juga input positif di GEGARIA ni kan? So, apa tunggu lagi, ajak semua ahli keluarga dan kawan-kawan korang ke GEGARIA dan jangan lupa kunjungi Throwback Tunnel! Datang jangan tak datang!

Oh ya, bila dah datang nanti jangan lupa upload foto banyak-banyak di Instagram dan Facebook dengan #GOGERIA! Excited dan nak tahu lebih lagi? Korang boleh tengok di laman Facebook rasmi GEGARIA dan Instagram GEGARIA ni!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×