Penyakit ain merujuk kepada mudarat yang berpunca daripada pandangan mata, biasanya ia disertai dengan rasa iri hati atau hasad dengki terhadap sesuatu yang dilihat.

Artikel Berkaitan: Joey Daud Kongsi Tips Elak Kena Santau – ‘Pakai Seluar Dalam Terbalik’

Artikel Berkaitan: Skandal Suami Ajar Santau Isteri Sampai Badan Membongkok – ‘Perempuan Tu Beritahu Dalam Dialek Kelantan Melalui Voice Note’

Berlaku tanpa rasa dengki

Menurut Al-Hafiz Ibnu Al-Asqalani dalam kitab Fathul Bahri, penyakit ain berpunca daripada tabiat buruk hati manusia yang boleh membawa kemudaratan terhadap individu yang dipandangnya.

Lebih mengerikan, penyakit ain tidak semestinya muncul kerana niat jahat, kadangkala ia berlaku tanpa rasa dengki, malah secara tidak sengaja.

Dalam perspektif Islam, terdapat beberapa petanda yang boleh dikaitkan dengan kemungkinan terkenanya penyakit ain.

Antaranya, ialah perubahan emosi, fizikal dan perilaku seperti yang dialami sering disebut oleh para ulama dan perawat ruqyah sebagai antara petunjuk seseorang itu mungkin terkena pengaruh ain.

Rawatan menghindari penyakit ain

Antara rawatan untuk mengatasi penyakit ain ialah dengan mengamalkan zikir sebagai pendinding, bukan sahaja daripada untuk penyakit ini, tetapi juga musibah lain yang tidak disangka.

Amalan membaca Surah Al-Falaq turut menjadi benteng yang penting bagi memohon perlindungan daripada golongan penghasad dan pendengki.

Selain itu, terapi menggunakan air bersih yang digunakan untuk mandi juga ada disebut dalam hadis riwayat Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, sebagai salah satu cara merawat kesan ain.

Dalam era teknologi yang kian canggih ini, kita juga perlu berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi di media sosial khususnya, hantaran yang mengundang fitnah serta membuka ruang kepada ‘ain’ dalam diri kita.

Rawatan melalui bacaan ruqyah syar’iyyah yang menepati syariat Islam turut menjadi alternatif berkesan bagi memulihkan seseorang daripada penyakit ini.

Perasaan hasad dengki, cemburu dan iri hati sering timbul apabila melihat kejayaan atau kebahagiaan orang lain, dan sifat-sifat ini tergolong dalam sifat mazmumah yang perlu kita jauhi sebagai seorang Muslim.

Bagi membersihkan hati daripada sifat mazmumah ini, kita digalakkan untuk membaca Surah Al-Hashr dari potongan ayat ke-10, yang antaranya memohon agar dijauhkan daripada sifat hasad serta dikurniakan hati bersih dan tenang.

Sumber: E-Central, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan