Kaedah double cleansing semakin popular dan menjadi sebagai salah satu langkah penting dalam rutin penjagaan kulit wajah.

Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Wangi! Ini Cara Aromaterapi ‘Boost’ Imun Badan Anda

Artikel Berkaitan: Bekam: Terapi Semula Jadi Berasaskan Sunnah & Kesihatan

Menyegarkan kulit yang kelihatan letih

Teknik ini diperkenalkan seiring dengan rejim perawatan kulit terkenal, iaitu 10 Steps Korean Skincare Routine, yang menekankan pembersihan kulit secara menyeluruh sebelum langkah-langkah penjagaan lain.

Double cleansing dilakukan dalam dua peringkat, yang pertama, menggunakan oil-based cleanser untuk melarutkan solekan, sunscreen, dan minyak berlebihan pada kulit.

Kemudian, ia diikuti dengan penggunaan water-based cleanser bagi membersihkan sisa kotoran, peluh dan kekotoran yang larut dalam air.

Langkah ini membantu memastikan kulit kekal bersih serta bersedia untuk menyerap serum, pelembap dan produk penjagaan kulit lain dengan lebih berkesan.

Double cleansing membantu membersihkan wajah dengan lebih menyeluruh serta memastikan penyerapan produk penjagaan kulit menjadi lebih optimum.

Walaupun ada produk yang mengatakan mampu melakukan kedua-dua fungsi dalam satu langkah, ianya tetap boleh mengurangkan kelembapan semula jadi kulit.

Oleh itu, double cleansing dianggap sebagai kaedah mencuci muka yang lembut, efektif, dan tidak menyebabkan kulit menjadi kering.

Kulit bebas daripada lebihan minyak

Untuk mengamalkan teknik double cleansing, pastikan tangan berada dalam keadaan bersih sebelum menyapu pembersih berasaskan minyak secara rata ke seluruh wajah.

Jika anda memakai solekan, urut dengan lembut pada setiap bahagian wajah bagi melarutkan dan menyingkirkan sisa makeup.

Selepas itu, bilas wajah dengan air sehingga pembersih minyak tersebut hilang dengan sepenuhnya.

Langkah seterusnya ialah dengan menggunakan pembersih muka yang kedua dan sesuai dengan jenis kulit anda untuk menyingkirkan kotoran dan minyak yang masih tertinggal.

Akhir sekali, pastikan kulit wajah dibersihkan sepenuhnya sehingga terasa segar, bersih, dan bebas daripada lebihan minyak daripada langkah pertama.