berita

Kenapa Kita Perlu Sokong Kempen #BetterNation ?

April 24th, 2013 | by Ai
Shout Out!

Screen Shot 2013-04-11 at 4.13.48 PM

Dia sudah, anda bila lagi?

Siapa yang tidak mahu negara yang terbaik? Yang mampu memberikan dan merealisasikan impian rakyatnya? Kami pasti, anda mempunyai impian untuk hidup disebuah negara yang tenang kan?

Sebab itulah kita ada kempen #BetterNation. Dengan kempen ini, kita dapat memberitahu dan mengajak mereka agar membuat pilihan yang tepat. Siapakah yang layak diundi dan bagaimana untuk merealisasikan pendapat anda melalui #BetterNation.

Anda percaya atau tidak, hanya anda yang mampu melakukan semua ini.

Kita haruslah mengundi dengan bijak supaya dapat memilih orang yang betul sebagai pemimpin kita. Bukan pada nama, tapi pada diri pemimpin itu sendiri samada mereka boleh menunaikan amanah yang diberikan.

Bak kata Tun M, mengundilah dengan bijak. Ya, kami setuju dan janganlah sesekali mengundi dengan emosi atau pengaruh rakan-rakan. Mengundi adalah hak anda dan setiap undian kita menentukan masa depan negara.

Sekali lagi kami tanya, anda mahu tak negara yang baik (#BetterNation)?

Menerusi laman sosial seperti Twitter, kami lihat ramai yang menyokong kempen #BetterNation. Sokongan ini ditunjukkan dengan berkongsi idea dan pendapat untuk membentuk negara bersama.

Antara perkara yang disuarakan termasuklah perpaduan dikalangan kaum dan juga parti politik yang tidak menjatuhkan satu sama lain.

Screen Shot 2013-04-10 at 3.28.05 PM Screen Shot 2013-04-10 at 3.28.21 PM Screen Shot 2013-04-10 at 3.42.26 PM Screen Shot 2013-04-10 at 3.41.40 PM

Anda juga boleh berkongsi seperti mereka. Tapi, cuba layari laman www.betternation.my dan ikut langkah yang diberikan. Disana segala yang anda perlukan, telah disediakan. Cuma tinggal suarakan apakah pendapat anda untuk menyokong kempen #BetterNation.

Screen Shot 2013-04-11 at 4.08.56 PM

SKIP THIS AD ×