berita

Siapakah Penggerak Disebalik Kempen #BetterNation?

April 29th, 2013 | by Ai
Shout Out!

Screen Shot 2013-04-16 at 12.59.28 PM

Dalam kesibukan Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) yang bakal berlangsung tak lama lagi, kami pasti anda juga masih ada yang tertanya-tanya apakah sebenarnya kempen Better Nation ini, kan?

Bagi yang tidak tahu, OHBULAN! pernah menulis mengenai #BetterNation di artikel “Mari Sokong & Kongsi Idea Anda Dengan #BetterNation“. Anda boleh baca disini untuk mengetahui sedikit sebanyak info mengenai kempen Better Nation.

Ya, melalui tajuk yang ditulis, anda yang membaca ini mesti telah membuat pelbagai andaian tentang siapakah penggerak disebalik kempen ini.

Namun sebenarnya, dalam tidak sedar, penggerak utama kempen ini adalah anda sendiri. Dengan pandangan dan idea yang dikongsi untuk membina sebuah negara yang bagus, perpaduan rakyat adalah faktor utama bagi merealisasikan kempen #BetterNation.

Screen Shot 2013-04-16 at 1.05.27 PM

Tidak cukup disitu, pemimpin yang bertanggungjawab serta tahu masalah rakyat adalah pemimpin yang harus dipilih kerana dengan mereka juga, impian untuk membentuk negara yang lebih bagus  dapat ditunaikan sekaligus menjadikan kempen #BetterNation berjaya dari pelbagai aspek.

Jadi, sebagai rakyat, anda haruslah sedar tanggungjawab membentuk negara juga terletak di bahu kita. Tanpa kita, pemimpin hanyalah seorang individu yang tidak mempunyai apa-apa. Mari sokong dan gerakkan kempen #BetterNation!

SKIP THIS AD ×