berita

‘Kenapa Nak Kena Bayar Full?’ – Nabila Huda Persoal Pembayaran Yuran Kelas Online

January 19th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini menarik balik arahan pembukaan semula sesi persekolahan bagi tahun 2021. Keputusan itu dibuat Dr Mohd Radzi Md Jidin susulan daripada peningkatan kes positif Covid-19 yang semakin bertambah. Keputusan itu bagaimanapun tidak menghalang para pelajar untuk belajar dari rumah masing-masing dengan kaedah online class.

Artikel berkaitan: ‘Pelajar Di Kawasan PKP Boleh Pulang Ke Asrama 16 Januari Ini’ – KPM

Namun begitu, pelakon terkenal Nabila Huda menerusi Instagramnya berpendapat bahawa online class kurang efektif untuk anak berbanding pelajar menghadirkan diri ke sekolah. Tambahnya lagi, dia kurang bersetuju sekiranya pembayaran bagi online class dibuat dengan bayaran penuh seperti biasa.

Kenapa nak kena bayar full payment?

Nabila menyeru kepada semua para ibu bapa untuk menghentikan pembayaran yuran sekolah anak-anak. Dia meluahkan pendapatnya, pembayaran yuran online class seharusnya tidak dibayar dengan bayaran penuh, tidak perlu juga membayar fasiliti persekolahan disebabkan sekolah sudah tutup operasi.

To all dear parents, it’s about time kite stop bayar yuran sekolah kalau tak ada siapa pun nak bantu kite selesaikan masalah yang dah spend duit dari last year for our kids tapi online classes. Online classes still nak kena bayar full payment tak logik langsung la. Sekolah pun tutup bukan ada orang pakai facilities cuma nak bayar gaji cikgu. Kenapa kita nak kena terus membayar macam ni? Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan online classes.

Memang la orang akan cakap tak tahu belajar lah kena biasa dengan norma baharu. Norma baharu tak ada masalah. Tapi kenapa nak kena bayar full yuran. Tak boleh ke sekolah bertolak ansur juga faham situation kami macam kami faham situation korang nak kena bayar gaji cikgu? Seriously, tak okay langsung cara ni. This is not fair for us. So now, i think i kena move forward, stop fikir pasal nak kena hantar Keisha pergi sekolah or this online classes.

Dah tak ada pilihan

Nabila juga bimbang anaknya iaitu Keisha yang sudah ketinggalan banyak mata pelajaran. Dia turut berpendapat bahawa kanak-kanak kurang gemar belajar dengan menghadap komputer riba berbanding belajar secara formal di dalam kelas.

I dah start risau anak semakin membesar, banyak subject yang tak belajar secara proper sebab kids tak interested pun nak mengadap laptop semua ni sebab dia orang perlu sentuh, tengok untuk faham setengah subject. This virtual study tak 100 percent works for my daughter. It’s about time untuk home school walaupun dulu i memang pangkah sama sekali home school sebab i nak dia belajar bergaul and enjoy her childhood. Tapi dalam keadaan skarang, i dah tak ada pilihan. Okay now, i sedang mencari teacher yang boleh ajar my daughter full subject. Do REPOST !!

Sumber: Nabila Huda

SKIP THIS AD ×