berita

‘Pelajar Di Kawasan PKP Boleh Pulang Ke Asrama 16 Januari Ini’ – KPM

January 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, beberapa arahan berkenaan pengoperasian institusi pendidikan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebaik sahaja pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat.

Artikel berkaitan: PKP: Tadika Swasta Berdaftar Boleh Beroperasi, Hanya Calon Peperiksaan Utama Hadir Ke Sekolah

Terbaru, menerusi sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin menjawab segala persoalan yang timbul dalam kalangan pelajar, ibu bapa serta guru yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bila sekolah nak buka?

Menurut Dr. Radzi Jidin, hanya pelajar yang menduduki peperiksaan penting sahaja perlu hadir ke sekolah pada 20 Januari 2021 bagi negeri yang terlibat dengan PKP. Mengulas lebih lanjut, Dr. Radzi memaklumkan semua murid sekolah rendah di kawasan PKP perlu mengikuti pembelajaran dari rumah. Ini termasuk pelajar tingkatan satu hingga empat yang berada di kawasan tersebut. Bagi pelajar kolej vokasional semester 2 pula, mereka juga akan meneruskan pembelajaran di rumah dan tidak perlu hadir ke sekolah.

Dr.Radzi turut memaklumkan bahawa pelajar sekolah berasrama penuh dan sekolah asrama harian di negeri PKP boleh hadir ke sekolah sekiranya mereka merupakan calon yang bakal menduduki peperiksaan penting. Surat kebenarakan khas akan dikeluarkan buat pelajar yang perlu pulang semula ke asrama. Tarikh untuk kesemua pelajar tersebut pulang semula ke asrama bermula 16 Januari ini.

Guru dan anggota pelaksana

Bercakap mengenai guru dan anggota pelaksana, Dr. Radzi memberitahu bahawa semua guru boleh kembali ke sekolah sebelum 20 Januari ini. Guru-guru yang terlibat dalam kelas peperiksaan, pengurusan peperiksaan penting dan guru yang disuruh hadir ke sekolah oleh Ketua Jabatan boleh hadir ke sekolah pada tarikh berkenaan.

Bagi pelajar di Institut Perguruan (IPG) pula, semua pembelajaran dijalankan secara atas talian. Manakala, pensyarah pula boleh hadir ke Institut sekiranya mendapat arahan daripada Ketua Jabatan.

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×