berita

‘Kenapa Sengaja Nak Tengok Saya Begitu, Ibarat Gurau Bodoh’ – Riena Diana Akui Trauma Nak Main Sukan Air

October 20th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Riena Diana meluahkan rasa berang apabila video memperlihatkan mukanya disepak ketika melakukan aktiviti water rafting baru-baru ini telah dimuat naik di TikTok dan dijadikan konten.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Kelakar! Kaki Naik Muka Saya’ – Riena Diana Berang Video Muka Kena Sepak Dengan Syazuwan Hassan Dijadikan Konten

Dijadikan bahan jenaka

Riena Diana

Ketika ditemui OhBulan! Riena memberitahu insiden tersebut berlaku kerana disengajakan oleh pihak terbabit sehingga dijadikan bahan jenaka di media sosial.

Apa yang saya muat naik di sosial media adalah persetujuan saya sendiri, cuma bila ada pihak lain yang muat naik dan gunakan saya sebagai ‘content’, mereka perlu minta kebenaran saya dahulu. Perkara itu terjadi dengan disengajakan.

Bila kami main water rafting itu semua dalam keadaan bersedia, dah diajar. Bila lihat video itu, guide yang berada di hadapan dan belakang juga bersedia dan mereka tahu akan melanggar batu tapi kami tidak tahu.

Jadi perkara itu disengajakan, sebab itu saya marah, kenapa sengaja nak tengok saya begitu, ibarat ia gurau bodoh. Biarlah matang sikit untuk buat ‘content’.

Dalam pada itu, Riena memaklumkan pelakon Syazuwan Hassan juga telah memohon maaf kepadanya ketika kejadian itu berlaku. Namun mempersoalkan bagaimana pengusaha sukan lasak berkenaan tiada empati dengan insiden tersebut.

Saya juga tak marah Syazuwan pun, ketika kejadian pun dia ada minta maaf pada saya dan saya cakap tidak mengapa, bukan salah dia. Perkara ini juga disengajakan. Bayangkan kaki Syazuwan tersepak di muka saya, dan sakit sangat. Macam mana dia (pengusaha) boleh buat kelakar ketika saya sedang sakit? Mereka juga tak minta maaf. Semua orang terkejut.

Dia hanya boleh gelak, dan dia cakap ‘tidak mengapa…ini untuk content’. Mana adab, akal fikiran yang Allah beri?. Mana ‘common sense’ awak untuk minta maaf pada saya?

Mereka tidak ada kata maaf, dan mereka sendiri cakap nak jadikan perkara itu sebagai ‘content’, dan muat naik dalam media sosial mereka. Untuk apa sebenarnya?

Susulan daripada itu, pihak pengusaha aztelah menghantar kiriman ringkas dengan memohon maaf dan memaklumkan video tersebut telah pun dipadam di akaun media sosial mereka.

Mereka mesej minta maaf dengan hanya tulis ‘sorry, dah delete’. Tak kisahlah you pemilik syarikat besar atau kecil, adab itu sangat penting.

Sememangnya saya tak okay dengan itu, tapi saya nak ‘move on’ kerana benda ini terlalu remeh untuk diperbesarkan. Cuma saya rasa tak perlu ada sikap buli ini. Selepas saya post perkara itu, ramai yang DM saya yang mengatakan turut dapat pengalaman yang sama dengan saya.

Tambah Riena, dia tidak berfikir untuk mengambil tidakan saman kerana tidak mahu menjejaskan perusahaan sukan lasak tersebut. Malah mengakui trauma berikutan kejadian itu.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×