berita

‘Tak Kelakar! Kaki Naik Muka Saya’ – Riena Diana Berang Video Muka Kena Sepak Dengan Syazuwan Hassan Dijadikan Konten

October 19th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Riena Diana

Pelakon Riena Diana meluahkan rasa berang apabila video memperlihatkan mukanya disepak ketika melakukan aktiviti water rafting baru-baru ini telah dimuat naik di TikTok dan dijadikan konten.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Riena Diana Get Back Dengan Bekas Kekasih? Bercuti Di Bangkok Sambil Rangkul Tangan

Artikel Berkaitan: Riena Diana Kembali ‘Single’, Belum Terbuka Untuk Bercinta Lagi -‘Berhenti Tanya Saya..’

‘Tt is not funny’

Riena Diana

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Riena berkata dia tidak menyalahkan rakan selebriti iaitu aktor Syazuwan Hassan yang tidak sengaja tersepak mukanya.

Namun sebaliknya, Riena berang dan terkilan dengan tindakan pihak pengusaha sukan lasak tersebut yang menjadikan insiden berkenaan sebagai konten untuk meraih perhatian netizen.

Apa yang terjadi pada waktu itu, brader itu ingat lawak la kan, dia suruh tengok belakang, kemudian tengok depan, dia langgar batu dan kita semua terkejut.

Saya tak salahkan Syazuwan Hassan sebab waktu itu kita semua dalam keadaan terkejut dan tak bersedia. Kaki Syazuwan ternaik ke muka saya, biar saya beritahu, it is not funny.

Sebab ketika itu, sangat sakit. Bayangkan kaki kena dekat muka saya. Ia tidak kelakar. Ketika itu, saya marah tapi bayangkan situasi itu, kita datang ramai-ramai bayar, bukan datang sebagai artis percuma. Tidak!

Kita semua bayar ikut sama macam orang lain. Masa kejadian itu berlaku, saya sangat sakit dan kita dah beri amaran dekat abang itu cakap benda ini tak kelakar.

Dalam perkongsian yang sama, aktres berusia 27 tahun itu berkata dia enggan menimbulkan kekecohan ketika insiden itu berlaku kerana ingin menjaga hati rakan yang lain.

Bagaimanapun, berasa kecewa dengan pihak pengusaha yang tidak langsung memohon maaf kepadanya selepas insiden tersebut berlaku.

Saya tak rasa marah ketika itu sebab semua nak have fun dan water rafting tu pun belum bermula lagi. Kalau saya marah, kesian dekat kawan-kawan lain. Ikutkan saya nak keluar dari bot tu dan nak berambus terus.

Tapi dia tak sepatutnya buat macam tu, lepas itu dia boleh gelakkan saya dan kata ‘itu boleh jadikan content’. Saya tak kisah fasal content sebab IG saya sendiri pun tak ada konten yang tak berapa bijak.

Lepas itu tak minta maaf, saya diam lagi tunggu sampai habis. Saya ada la berseloroh kata nak complain tapi bagi mereka, ia kelakar. Balik itu saya tunggu mereka sekurang-kurangnya cakap maaf.

Dah la tak minta maaf, lepas itu post pula video itu sebagai content dan saya rasa benda itu aib kot.

Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu di Instagram Story, Riena memaklumkan pihak sukan lasak tersebut sudah menghubungi untuk memohon maaf dan memadam video berkeena.

SKIP THIS AD ×