Pempengaruh media sosial, Mekyun berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menghadiri beberapa acara, khususnya acara kecantikan yang sering dipenuhi kehadiran ramai ‘influencer’ terkenal.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tidak Perlu Saya Lafazkan Doa Kerana Bulan Ramadan, Cukup Ambil Pengalaman Berpuasa’ – Mekyun

Artikel Berkaitan: ‘Tak Salah Orang Bukan Islam Nak Cuba Puasa, Asalkan Tidak Langgar Akidah’ – Mekyun

Kurang mesra

Menerusi satu perkongsian di Threads, pemilik nama Wee Yun Nee, 29, mendakwa terdapat segelintir pempengaruh yang dilihat membawa aura berbeza, dengan riak wajah yang memberi gambaran kurang mesra terhadap orang sekeliling.

Kenapa ya setiap kali pergi event, terutamanya beauty events, mesti ada ramai influencer yang feeling-feeling?

Vibe mereka macam, ‘Akulah yang paling hot’.

Riak wajah pula seolah-olah memandang orang dengan maksud, ‘Siapa awak?’

Tambahan pula, langsung tak nampak mesra atau ramah.

Pengalaman sendiri

Dalam hantaran berikutnya, Mekyun mendedahkan bahawa dia sendiri pernah berdepan situasi tersebut ketika bertemu seorang pempengaruh terkenal di sebuah acara.

Sebab Mekyun pernah lalui pengalaman ini sendiri.

Pernah sekali Mekyun jumpa seorang influencer yang famous dan tegur dia, cakap ‘Hai, saya Mekyun’ dengan excitednya sebab ingat boleh kenal-kenal dan sembang sikit.

Tapi dia jawab macam tak nak sahaja.

Tambahnya lagi, apabila dia meminta untuk bergambar bersama, individu tersebut hanya mengangguk tanpa sebarang interaksi lanjut dan terus beredar.

Mekyun ada minta ambil gambar sekali, dia angguk sahaja.

Selepas itu dia terus pergi.

Tak ada pun macam perbualan ringkas.

Ada juga beberapa influencer lain yang Mekyun cuba mulakan perbualan tapi reaksi mereka sama juga, macam tak nak layan.

Sumber: Threads