Anak kepada ahli perniagaan terkenal Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu Irdina Hakim mendakwa wang berjumlah RM1.3 Juta milik arwah ibunya masih belum diterima.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Bawa Duit Tu Keluar Dari Rumah Dalam Satu Luggage, Depan Mata Kami’ – Anak Arwah Pengasas Dnars

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Makan Harta Bukan Hak Kita, Jika Tidak Ia Menjerat Diri’ – Anak Arwah Pengasas Dnars

Wang milik arwah ibu masih belum diterima

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Irdina meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan wang yang didakwa diambil oleh bapa tirinya itu.

Menurut Irdina, mahkamah telah mengarahkan wang tersebut untuk dikembalikan namun masih tiada tindakan yang dibuat.

13 Ogos sehingga 13 September, RM1.3 juta yang diarahkan mahkamah masih tidak dikembalikan ke tempat yang sepatutnya.

Kenapa ya susah untuk depositkan balik wang yang dah diambil?

Kesian arwah mami

Berkongsi lebih lanjut, Irdina berpendapat wang tersebut sepatutnya dibahagikan secara adil.

Ujarnya lanjut, adik-beradik memerlukan wang bagi melanjutkan pelajaran.

Kumpulkan sahaja duit yang sepatutnya dibahagikan secara betul bersama ahli-ahli faraid.

Kesian mami saya di kubur, adik-adik masih kecil.

Mereka perlu belajar tinggi capai impian mereka.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars, Ahmad Shah Rizal, 48, diperintah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk mendepositkan semula wang tunai milik arwah isteri ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka wanita itu.

Akaun pentadbir bersama turut dimiliki oleh anak sulung arwah Faziani, iaitu Aqbar Hakim Jasman, 25, dan wang tersebut perlu dimasukkan dalam tempoh 30 hari.

Difahamkan Ahmad Shah Rizal pernah memfailkan tuntutan harta sepencarian dan salah satunya adalah wang tunai RM1.3 juta yang berada di dalam peti besi sebelum diambil olehnya.

Terkini, ahli waris pengasas produk kecantikan Dnars memohon di Mahkamah Tinggi Syariah untuk membatalkan saman harta sepencarian sekali gus memfailkan prosiding komital terhadap suami Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.

Imbas kembali, Allahyarham Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

Usahawan itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suami cedera.

Kemalangan tragis yang berlaku pada bulan Ramadan itu ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan.

Sumber: Threads @irdnar_j