Isu keganasan seksual terhadap kanak-kanak bukanlah satu perkara yang baharu di negara kita. Bahkan, akhir-akhir ini kes seumpama ini kian meningkat, dan sekali gus membimbangkan banyak pihak. Insiden hitam yang terjadi ini secara tidak langsung membuatkan mangsa berasa trauma dan hilang keyakinan diri.
Seperti perkongsian seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Redza Zainal, menceritakan ‘detik cemas’ yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan seksual.
Kenapa tonyoh muka dekat kemaluan?
Menerusi kisah tersebut, Doktor Redza menceritakan satu kes di mana seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa kerakusan seksual oleh kawan rapat bapanya sendiri. Pada mulanya, mangsa bertanyakan kepada si ibu akan tindakan yang telah dilakukan oleh si pelaku. Namun, pada mulanya si ibu hanya terdiam 1000 bahasa dan tercengang seakan tidak percaya setelah mendengar cerita tersebut.
Lagi menyedihkan, apabila si pelaku rapat dengan mereka sekeluarga dan kerap datang ke rumah bagi berkunjung.
Jangan mudah percaya
Di thread tersebut juga, Doktor Redza sempat juga memberikan pesanan kepada orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada sesiapa pun walaupun rapat dengan individu tersebut. Jelasnya lagi, ‘peluang’ yang diberikan kepada seseorang itu menjadi ‘tiket’ buat mereka untuk melakukan sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Apa yang perlu dilakukan
Di penghujung thread itu, beliau menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa jika anak-anak mereka menjadi mangsa keganasan seksual. Apa-apa pun ibu bapa dinasihatkan supaya tidak perlu takut untuk membuat laporan polis jika anak-anak mereka menjadi mangsa kerakusan individu yang tidak bertanggungjawab.
Perkongsian tersebut telah meraih 7.8k retweet, 9.8k likes dan pelbagai respon daripada warganet menerusi ruangan balas.
Sumber: Dr Redza Zainal