berita

Kenyal & Liat Di Luar, Serta Lembut Di Tengah – Ini Resepi Kuih Telaga Emas Yang Korang Patut Cuba!

July 12th, 2019 | by Amirul Asraf
MyResipi

Kuih telaga emas merupakan salah satu kuih tradisional yang mempunyai rasa yang sangat lazat. Diperbuat dari tepung pulut dan inti kastard, kuih ini menjadi kegemaran semua tanpa mengira usia.

Menerusi Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN), seorang individu kongsi resepi kuih telaga emas yang mudah dan lazat. Jom cuba!

Bahan-bahan untuk kulit hijau

  • 250 gram tepung pulut
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 1/4 cawan air
  • Sedikit perisa pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Secubit garam

Cara-cara menyediakan

1. Satukan kesemua tepung, garam dan perisa pandan.

2. Kemudian, tuangkan air sedikit demi sedikit, jangan sampai habis (sambil uli jadi doh tak lekat di tangan).

3. Letak sedikit pewarna hijau.

4. Buat bulat-bulat anggaran 24 gram. Korang tekan dan ratakan doh ke dalam acuan lompang saiz kecil yang telah disapu minyak masak.

Bahan-bahan inti kastard

  • 1 cawan santan kotak
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1 penutup botol esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • Secubit garam

Cara-cara menyediakan

1. Satukan santan dan air suam, kemudian campurkan esen vanilla dan gula (kacau sehingga larut).

2. Seterusnya, masukkan telur dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan tepung kastard, garam dan pewarna kuning telur sehingga sebati dan mesra.

4. Tapis adunan dan tuang ke dalam acuan lompang yang disapu minyak.

5. Pastikan air kukus betul-betul mendidih sebelum kukus selama 10 hingga 12 minit. Api dalam keadaan yang sederhana besar.

Selamat mencuba!

Sumber: Masak Apa Hari Ini

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.