Kenyataan yang dikeluarkan Bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James berhubung isu kempen Black Lives Matter di Amerika Syarikat telah mengundang rasa tidak senang orang ramai. Samantha menerusi Instagram Story mendakwa golongan tertindas sepatutnya menganggap perkara ini sebagai cabaran untuk tampil lebil kuat.
Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Henry Golding menyelar kenyataan Samantha dan berpendapat bekas ratu cantik itu ‘keterlaluan’.
Kenyataan itu ‘jahil’
Pelakon kacukan Iban-Inggeris ini meluahkan rasa marah dengan kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh bekas ratu cantik tersebut. Katanya, Samantha sama sekali tidak tahu apa yang dilalui oleh kaum tersebut dalam menjalani kehidupan seharian selama ini. Jadi dia tidak seharusnya menulis sebegitu.
Malah, majoriti daripada kita tidak akan pernah memahami situasi yang dilalui mereka. Namun, apa yang boleh kita dilakukan adalah bersuara bagi pihak mereka.
Kita harus memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Sudah beratus tahun penindasan dan ketidakadilan diamalkan oleh orang-orang yang berkuasa, jahil dan pentingkan diri sendiri sepertinya.
Rakyat Malaysia sendiri pernah melalui pengalaman dimana ada segelintir yang terpaksa turun ke jalanan semata-mata mahu suara mereka didengari. Jadi, kita seharusnya faham mengapa dan dari mana rusuhan ini tercetus.
Tambahnya lagi, dia sama sekali tidak akan berdiam diri dengan kenyataan tersebut. Dia tidak mahu timbul salah faham berkenaan dengan apa sebenarnya yang terjadi.
Sumber : Henry Golding