berita

Kenyataan Mendatangkan Khianat Awam, Asri Janggut Dipanggil Ke Bukit Aman

August 12th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Selepas video pendedahan premis perniagaan haram, Asri Janggut sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat.

Artikel berkaitan: ‘Hisap Rokok, Tak Jaga Sembahyang’ – Dakwa Polis Tak Solat, Asri Janggut Cetus Kontroversi Lagi

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, pihak polis telah membuka dua kertas siasatan terhadap Asri Janggut, selepas menerima dua laporan berhubung kenyataan yang dikeluarkan olehnya.

Dipanggil untuk diambil keterangan

Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, telah mengesahkan perkara tersebut dan siasatan bakal dijalankan susulan laporan yang diterima pihaknya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Kertas siasatan itu dibuka susulan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Travers dan Balai Polis Jalan Tun Razak.

Tambah beliau, Asri akan dipanggil untuk diambil keterangannya dalam masa terdekat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ.

Viral satu klip video

https://www.youtube.com/watch?time_continue=55&v=GzKEs4ZW2Fo&feature=emb_title

Terdahulu, viral satu klip video memaparkan kenyataan dibuat Mohd Asri atau dikenali sebagai Asri Janggut, mendakwa pasukan keselamatan tidak menunaikan solat. Dakwaan tidak berasas Asri Janggut ternyata membawa pelbagai respon daripada orang ramai.

Rata-rata tidak bersetuju dan menyifatkan kenyataan membawa sangkaan buruk kepada pasukan keselamatan. Namun, beliau menerusi posting terbaru telah memohon maaf di atas ketelanjuran yang dibuat.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×