Dedah aktiviti perniagaan haram di Sungai Buloh, Asri Janggut mula menjadi bualan selepas video menjadi viral di laman sosial. Isu tersebut turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat dengan aktiviti judi.
Walau bagaimanapun, Asri Janggut sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat.
Subuh sembahyang tak?
https://www.youtube.com/watch?v=GzKEs4ZW2Fo
Hisap rokok, tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak?
Bila last (kali terakhir) bawa isteri sembahyang subuh?
Pernah tak tanya anak apa itu syahadah? Bermakna sebenarnya segala kuncinya.
Dakwaan tidak berasas Asri Janggut ternyata membawa pelbagai respon daripada orang ramai. Rata-rata tidak bersetuju dan menyifatkan kenyataan membawa sangkaan buruk kepada pasukan keselamatan.
Mohon maaf
Namun, beliau menerusi posting terbaru telah memohon maaf di atas ketelanjuran yang dibuat.
‘Kecewa dengar’
Sumber : Asri Janggut