berita

‘Kepam Yang Banyak Bunyi, Perangai Tu Elok Sikit’ – Ben Amir Berang Dengan Siapa Tu?

September 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ben amir

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Ben Amir memuat naik satu ciapan seakan meluahkan rasa geram terhadap seseorang di platform X (Twitter) miliknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alami Kecederaan Teruk Di Mata Kiri, Ben Amir Hampir Buta

Artikel Berkaitan: ‘Kira-Kira 20% Mata Kiri Saya Sudah Rosak’ – Ben Amir

Tuju pada siapa?

ben amir

Menerusi ciapan di Twitter semalam, Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin menyifatkan individu tersebut sebagai seorang yang memiliki bau badan yang busuk selain mempunyai sikap yang buruk.

Selalu yang berbau ‘kepam’ yang banyak bunyi. Perangai tu elok sikit cb.

Bagaimanapun, aktor tersebut tidak menyatakan nama mana-mana individu sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Netizen terkejut

ben amir

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terkejut melihat ciapan daripada pelakon drama Sweet Dreams tersebut.

Dalam masa yang sama, pengikutnya mendakwa Ben berkemungkinan tersalah atau terlupa untuk menukar ke akaun Twitter peribadinya sebelum memuat naik ciapan tersebut.

Sementara itu, tinjauan OhBulan! mendapati aktor berusia 33 tahun tersebut masih belum memadam ciapan berkenaan.

Sumber: Twitter Ben Amir

SKIP THIS AD ×