berita

Kepulangan Jenazah #MH17, Selebriti Malaysia Turut Berkabung

August 22nd, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-08-21 at 10.51.20 PM

Dugaan bertalu-talu hadir menguji rakyat Malaysia. Seperti yang diketahui umum, selepas insiden MH370, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita sebuah lagi kapal terbang Malaysia Airlines (MAS), MH17 terhempas.

Artikel Berkaitan: Breaking News: Pesawat MH17 Disahkan Terhempas, Selebriti Luah Rasa Sedih & Terkejut

Setelah lebih sebulan menanti kepulangan kesemua jenazah, akhirnya sekumpulan 20 jenazah pertama telah diterbangkan ke Malaysia semalam dan dijangka tiba pada pagi ini (22 Ogos 2014).

Maka, demi menghormati peristiwa penuh hiba ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa hari ini merupakan Hari Berkabung Malaysia.

mh17

Tidak ketinggalan para selebriti turut berasa amat dukacita dengan insiden yang berlaku dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa menerusi laman sosial mereka.

Untuk makluman anda, kesemua program hiburan untuk stesyen televisyen dan radio juga dihentikan seketika dan digantikan dengan program berunsur keagamaan. Dengan itu, marilah kita bersama-sama berdoa agar kesemua roh mangsa insiden MH17 dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×