Baru-baru ini, laman TikTok kecoh selepas orang ramai berkongsi pengalaman buruk selepas makan ‘oyster’ atau tiram di sebuah medan selera yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Artikel Berkaitan: Riena Diana Trauma Dijangkiti Influenza A – ‘Lebih Sakit Berbanding Covid-19’
Muntah hitam
Pelakon Riena Diana turut menghadapi situasi yang sama selepas berkunjung ke sebuah kedai makanan laut yang terletak di Kuala Lumpur, pada Isnin lalu (15 Ogos).
Ketika dihubungi OhBulan!, Riena, 24, berkata dia terpaksa dikerjakan ke hospital gara-gara mengalami keracunan makanan.
Pada malam Isnin, saya makan oyster. Saya rasa saya terlebih makan dalam tujuh hingga 10 biji. Keesokkan harinya, saya dah mula sakit perut, cirit birit dan muntah-muntah.
Dalam pukul 12 tengah malam, saya pergi hospital dan ditahan bagi mendapat rawatan susulan. Badan saya dah lemah sangat.
Nak dijadikan cerita, produksi ada tunjuk dekat saya cerita yang viral pasal ramai orang makan oyster. Saya adalah salah seorang yang keracunan makanan.
Perut tak sesuai
Ditanya sama ada pemilik nama Nur Qamarina Diana Zulreal sudah serik untuk makan oyster selepas ini.
Saya serik! Tak nak oyster dah. Perut orang lain mungkin sesuai tetapi bukan untuk saya. Kesian pula dengan peniaga oyster.
Dalam perkembangan lain, finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017 ini bakal tampil menerusi drama Cinta Buat Dara bersama barisan pelakon hebat lain antaranya Syafiq Kyle, Sean Lee, Rozita Che Wan, Shah Rezza dan Afifah Nasir.
Drama Cinta Buat Dara akan disiarkan slot Lestary TV3 mulai 24 Ogos ini, jam 9 malam dari Rabu hingga Sabtu.
Sumber: Instagram @rienadiana_