Pihak kerajaan akan mengumumkan bantuan sewajarnya termasuk moratorium dan i-Sinar dalam tempoh terdekat, bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, perkara tersebut sudah dibincangkan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa agensi berkaitan.
Kerajaan mendengar suara rakyat
Isu moratorium dan i-Sinar. Salam semua. Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan. Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat.
Menerusi posting yang dimuat naik oleh Tengku Zafrul di Facebook, pihak kerajaan sudah mendengar keluhan dan suara rakyat yang terjejas susulan pandemik Covid-19 ini. Oleh itu, kerajaaan akan mengumumkan bantuan yang wajar dalam tempoh masa terdekat ini.
Dapat kurangkan masalah rakyat
Menjengah di ruangan komen, majoriti daripada netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk mendengar pengumuman tersebut. Ujar netizen, pemberian moratorium dan i-Sinar ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka tatkala negara sedang ‘lockdown’.
Sumber: Tengku Zafrul