Setelah sekian lama, akhirnya pasangan yang berhasrat bernikah dan mengadakan kenduri kahwin dibenarkan berbuat demikian. Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan berita gembira tersebut di mana majlis sosial sedemikian dibenarkan bermula 1 Julai ini. Apa tunggu lagi, ini 10 lokasi majlis kahwin untuk wedding kecil-kecilan namun masih meriah dan bermakna!
Ampang Glasshouse
Untuk wedding eksklusif di lokasi berdindingkan kaca Ampang Glasshouse bakal menjadi lokasi paling tepat bagi pasangan pengantin moden dan urban. Hanya kira-kira 20 minit dari bandar KL, lokasi ini boleh memuatkan 228 hadirin dalam satu-satu masa.
RUANG Event Space
Mempunyai 2 pilihan lokasi iaitu di Shah Alam dan Subang, RUANG menyediakan tempat bukan sahaja sesuai untuk akad nikah dan kenduri kahwin, malahan acara lain seperti pertunjukan fesyen, pelancaran produk dan parti hari jadi.
Eatropica
Mempunyai ruang yang terhad tidak bermaksud majlis tidak boleh berlangsung dengan sempurna. Eatropica menyediakan fasiliti bagi acara dihadiri 150 orang untuk satu resepsi yang eksklusif namun intimate bagi keluarga dan rakan raja sehari.
Flora Terrace
Siapa yang mengimpikan wedding dikelilingi ribuan kuntum bunga-bungaan mencipta suasana romantis pasti memilih Flora Terrace. Hanya memerlukan pelamin citarasa sendiri, maka terhasillah wedding impian anda tanpa perlu bersusah-payah.
Ciao Ristorante’s Glass House
Ciao Ristorante adalah sebuah restoran makanan Itali menyajikan pemandangan memukau padang golf saujana mata memandang. Cukup sesuai untuk pasangan mendambakan wedding ala dalam taman, namun mempunyai ruang indoor.
Laman 83
Bagi penggemar konsep vintage, Laman 83 di Shah Alam, Selangor mungkin menjadi pilihan tepat. Setiap penjuru mempunyai nilai Insta-worthy, cukup sesuai untuk dijadikan kenang-kenangan sehingga ke anak cucu nanti.
Lakesight Galleria
Ringkas namun masih ruang yang luas menjadikan Lakesight Galleria menjadi idaman pengantin hipster, muda dan tidak konvensional. Berdindingkan batu-batu konkrit, hanya dekorasi minimal diperlukan untuk suasana wedding ringkas dan classy.
Kebun Mimpi, Gita Bayu, Seri Kembangan
Bagai dalam filem romantik komedi berakhir dengan happy ending! Itulah yang dapat digambarkan bila pasangan pengantin melangsungkan majlis mereka di Kebun Mimpi ini. Lokasi ini mempunyai platform kayu terapung di atas tasik dikelilingi kehijauan hutan di ceruk Seri Kembangan. Macam bermimpi!
Puncak Rimba
Siapa sahaja yang dapat melupakan wedding penyanyi Yuna dan Adam Sinclair pada 2018 bukan? Cukup-cukup memukau sehingga menjadi trend dari segi lokasi dan pelamin citarasa tropika untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Puncak Rimba terletak di Bentong, Pahang dengan 7 villa di dalamnya yang turut mempunyai air terjun dan dusun buah-buahan di kawasan sekitar.
Sky Ark Event Space
Terletak di Jalan Kuching, Sky Ark boleh memuatkan 180 hadirin untuk satu-satu masa. Untuk kemudahan, mereka menyediakan pentas, sound system dan penataan cahaya bagi mereka yang berhajat mengadakan majlis di sini.
Sumber: Ampang Glasshouse, RUANG Event Space, Flora Terrace, Eatropica, Ciao Ristorante’s Glass House, Venuescape, Lakesight Galleria, Laman 83, Kebun Mimpi, Puncak Rimba, Sky Ark Event Space