berita

Kerajaan Setuju Beri Vaksin Covid-19 Secara Percuma Kepada Warga Asing

February 11th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Umumnya mengetahui, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini mengumumkan pemberian vaksin akan mula diagihkan bermula Mac ini.

Pengagihan vaksin ini juga akan diberikan secara berperingkat bermula dengan barisan petugas hadapan, diikuti dengan warga emas yang mempunyai penyakit kronik dan yang terakhir orang awam yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Artikel Berkaitan: Akan Diagihkan Secara Berperingkat, Ini Golongan Yang Layak Terima Vaksin Seawal Mac

Terbaru, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, YB Khairy Jamaluddin, pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan vaksin secara percuma kepada warga asing yang menetap di Malaysia.

Vaksin percuma buat warga asing

Foto: Malaysia Kini

Menerusi kenyataan media tersebut, program pemberian vaksin ini akan melibatkan semua golongan warganegara yang menetap di Malaysia.

Tiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat.

Pemberian vaksin ini diberikan setelah pihak kerajaan meneliti banyak faktor termasuk mahu negara Malaysia bebas daripada ancaman wabak ini. Pada masa yang sama, warga asing yang positif Covid-19 juga menjadi penyumbang terbesar kepada munculnya kluster-kluster baharu.

Pekerja asing sudah menjadi sebahagian daripada komuniti masyarakat dan turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Walau bagaimanapun, pemberian vaksin masih diutamakan kepada warga tempatan dan warga asing ini, perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Kenyataan media

Sumber: Khairy Jamaluddin

SKIP THIS AD ×