Pengacara dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila ada dakwaan terdapat penampakan baby bump pada video yang dikongsikan netizen di aplikasi TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Perasan Neelofa Asyik Usap Perut, Dakwa Nampak ‘Baby Bump’
Netizen dakwa nampak baby bump Neelofa?
Rakaman yang dikongsikan di TikTok dipercayai dirakam ketika Neelofa menghadiri majlis pelancaran Airiz Aesthetic Centre yang merupakan kolaborasi suaminya, Haris Ismail dan Dr. Aizul Hafizi. Ketika sedang berjalan masuk ke lokasi majlis, Neelofa yang memakai jubah berwarna merah jambu dilihat memegang sambil tangannya menutupi bahagian perut mencetuskan tanda tanya ramai. Malah netizen mendakwa terdapat penampakan baby bump. Aksi spontan tersebut seperti menguatkan lagi khabar angin netizen bahawa Neelofa sedang berbadan dua namun cuba menyembunyikan kehamilan keduanya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan menitipkan doa berharap urusan kehamilan kedua Neelofa berjalan lancar.
Bagaimanapun, masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Neelofa atau suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, berhubung perkara tersebut.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris berkahwin pada Mac 2021 dan Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Video
Komen
Sumber: TikTok Team Ustaz Hariss