berita

Kereta BMW Khai Bahar Langgar Tayar Lori, Niat Nak Pujuk Ibu Ke Hospital Tak Kesampaian

July 18th, 2023 | by Yong
Isu & Kontroversi

Penyanyi terkenal, Khai Bahar terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan pulang ke kampung halamannya di Perlis.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Kemalangan, Kereta Mercedes Remuk -‘Saya Terhentak, Kepala Sakit’

BMW langgar tayar lori

Menerusi hantaran di Instagram Story, Khai yang memandu kenderaan jenis BMW terlanggar sebiji tayar lori yang tiba-tiba muncul pada pagi Selasa.

Menurut pemilik nama Muhammad Khairul, 29, kejadian tersebut berlaku kira-kira pada 5 pagi ketika dia memandu di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Dalam pada itu, Khai menjelaskan tujuannya pulang ke Perlis adalah untuk menziarahi ibunya yang kurang sihat di samping ingin memujuk ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Katanya lagi, dia tidak mengalami sebarang kecederaan malah kenderaan BMW berwarna putih miliknya itu juga sudah dibawa ke bengkel untuk dibaiki. Laporan polis juga sudah dibuat berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Khai Bahar

 

SKIP THIS AD ×