berita

Kereta Dilanggar Tetapi Masih Hulur Bantuan Kecemasan, Tindakan Lelaki Ini Dipuji

September 1st, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Tindakan seorang individu membantu penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan jalan raya mendapat pujian orang ramai. Difahamkan, penunggang motosikal tersebut melanggar kereta yang dipandunya sebelum dia berhenti di bahu jalan dan menghulurkan bantuan.

Tolong rawat penunggang motor

Kisah seorang hero. Kisah yang lebih kurang ironi dengan insiden camry putih yang langgar lari semalam. Pagi ni semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, tiba-tiba sebiji motosikal melanggar keretanya. Nak dijadikan cerita, dia parking tepi. Letakkan signal keretanya pada mode emergency.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Arman Irman, seorang lelaki yang dikenali sebagai Hisham Salleh mendapat pujian kerana tindakan mulianya menghentikan kereta di bahu jalan untuk memberi bantuan kecemasan. Dia yang dilanggar oleh penunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.

Dianggap sebagai hero

Dia tolong sepasang penunggang tu bergerak ke tepi jalan. Dia bukak boot kereta, ambil alatan paramedik, dan bagi bantuan rawatan awal kecemasan, merawat dengan sepenuh hati dan empathy. Lepas rawatan, nampak penunggang tu dah ok dan dah boleh bergerak ke klinik sendiri. Alhamdulillah. Tahniah Hisham Salleh. You are real hero to me from the bottom of my heart, i am salute u. Semoga lebih ramai rakyat Malaysia bersifat ehsan sebegini.

#hulurkanbantuankepadayangmemerlukan
#masyarakatmalaysiaprihatin

Lebih mengharukan lagi, dia membuka boot kereta dan mengeluarkan alatan bantuan peralatan yang ada. Tanpa rasa amarah, dia kelihatan memberi pertolongan awal kecemasan dengan membalut tangan salah seorang penunggang motor terbabit.

Sumber : Arman Imran

SKIP THIS AD ×