berita

Tak Boleh Berlakon Kerana Masalah Kesihatan, Mak Jah Terima Sumbangan Daripada PMX

November 30th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

PMX Hulur Bantuan Buat Mak Jah

Baru-baru ini, pelakon veteran yang dikenali sebagai Mak Jah mendedahkan bahawa dirinya tidak lagi mampu untuk menerima tawaran dalam bidang lakonan selepas menghadapi masalah kesihatan.

Artikel Berkaitan: Bebas Dari Penyakit Kanser, Pelakon Veteran Mak Jah Buat Kerja Amal Cuci Telekung

PMX hulur bantuan

 

Terbaharu, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sedikit bantuan kepada Mak Jah sebagai usaha untuk membantu meringankan beban pelakon berusia 74 tahun itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Pengerusi Pakatan Harapan itu memaklumkan bahawa sumbangan tersebut diserahkan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Mak Jah di kediamannya.

Setiausaha Politik saya, saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau Mak Jah di Cheras, Kuala Lumpur.

Mak Jah kini menghidap penyakit kencing manis dan masalah urat saraf yang menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia pemfileman.

Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada bagi membantu urusan perubatan Mak Jah.

Di akhir hantarannya itu, Anwar yang disapa dengan gelaran PMX turut mendoakan agar Mak Jah dikurniakan kesihatan serta kekuatan oleh Allah SWT.

Terima kasih PMX

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih buat Anwar yang membantu meringankan beban dihadapi Mak Jah.

Mereka juga mendoakan agar Mak Jah dikurniakan kesihatan dan dapat kembali berlakon semula seperti sedia kala.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×