berita

‘Kereta Kami Dihimpit, Dikejar & Cermin Dihentak Sampai Pecah’ – Aiman Nasir Wynne Jadi Mangsa Buli Jalan Raya

March 13th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Bertitik tolak sebagai seorang Youtuber akhirnya membawa sosok kacak, Aiman Nasir Wynne menceburi bidang lakonan dan pengacaraan.

Aiman jadi mangsa buli jalan raya

Menerusi satu hantaran di Instagram, Aiman Nasir meluahkan rasa syukur kerana berpeluang buat kali pertamanya menghadiri malam Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS). Namun siapa sangka, di sebalik keseronokan malam anugerah tersebut, Aiman telah menjadi mangsa buli jalan raya sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.

I experienced very bad incident on the way back home. Saya dan PR @faiizaizat diserang oleh road bully. Out of nowhere, kereta kami dihimpit, dan dikejar sepanjang highway LDP. Kemudian, dua lelaki itu menghalang kereta kami, dan cuba membuka pintu kereta.

Nasib baik kereta berkunci, dan cermin kereta kami dihentak sehingga pecah. I never had this kinda experience. Saya rasa mengigil dan trauma ketika mengalami kejadian itu. Jantung rasa berdegup kencang, rasa nak jatuh!

Aiman akui itu merupakan satu momen cemas sehingga membuatkan dirinya menggigil akibat trauma. Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat. Dalam kesempatan itu, Aiman menasihati orang ramai terutamanya kaum wanita supaya lebih berhati-hati apabila memandu sendirian.

Cermin kereta pecah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Nasir Wynne (@aimanwynne)

Sumber: Aiman Nasir Wynne

SKIP THIS AD ×