berita

[VIDEO] Lelaki Tertekan Dibuli Majikan Sehingga Diminta Rujuk Ke IJN – ‘Usia 46 Tahun Kena Marah, Kena Maki’

August 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Buli Tempat Kerja

Tular baru-baru ini perkongsian seorang lelaki tentang pengalamannya menjadi mangsa buli di tempat kerja sehingga memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental.

Artikel Berkaitan: Tular Sekumpulan Remaja Dipaksa Melutut, Merangkak & Cium Kaki Pembuli

Artikel Berkaitan: ‘Mentally Bullied’ – Ibu Kesal Anak Diejek Di Sekolah Hanya Kerana ‘Tudung Tak Jadi’

Majikan toksik

Buli Tempat Kerja

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, mangsa yang dikenali sebagai Josh Awang berkata pada tahun 2019 dia pernah memegang jawatan antara yang tertinggi di syarikatnya dan perlu melaporkan diri kepada dua orang pegawai atasan.

Bagaimanapun, dia sering dimarahi oleh salah seorang pegawai tersebut sehingga menjejaskan kesihatan dan menyebabkan dia menangis di hadapan rakan sekerja.

Saya dibuli saban hari sehingga tekanan darah saya naik mendadak sehingga 180/130. Jadi masa itu saya tak tahu yang saya dibuli, saya rasa saya salah dan saya memang patut kena marah.

Bayangkan pada usia 46 tahun saya kena marah, saya kena maki dan saya kena pijak-pijak sampai tak ada nilai diri. Saya menangis dikhalayak ramai dan di depan rakan sekerja saya lebih kurang lima kali.

Setelah mengalami tekanan yang melampau, lelaki tersebut mendapatkan rawatan di klinik panel syarikat berkenaan.

Paling mengejutkan apabila doktor tersebut mengenali pegawai atasan Josh lalu meminta dia untuk segera merujuk ke Institut Jantung Negara (IJN).

Sementara itu, secara peribadi doktor tersebut juga menasihatinya untuk meletakkan jawatan demi kesihatannya.

Dia minta saya pergi ke IJN dengan serta merta dan dia menasihati saya secara peribadi dengan meminta saya berhenti kerja.

Katanya, ‘saya tak faham macam mana awak boleh kerja dan terpaksa jumpa dia setiap hari dan kena lanyak setiap hari. Secara peribadi berhentilah kalau boleh untuk keselamatan nyawa awak’.

Kesan buli

Buli Tempat Kerja

Gambar sekadar hiasan

Walaupun sudah beberapa tahun berhenti daripada syarikat tersebut, namun kesan buli masih mengganggu kesihatan mentalnya dan dia sedaya upaya mencuba untuk mengatasinya.

Sehingga hari ini, kadang kala apabila berhadapan dengan pelanggan saya akan panik dan rasa teramat takut untuk mengecewakan mereka.

Saya masih ada truma yang belum di selesaikan di dalam diri saya dan saya cuba atasi perasaan takut yang tidak rasional itu.

Dalam pada iu, dia juga sempat menitipkan nasihat kepada mangsa buli supaya mendapatkan rawatan secepat mungkin.

@joshawangjirawat

4 tahun selepas saya dibuli (sorang boss andartu) teruk di tempat kerja (Bursa Malaysia) bagaimanakah kesihatan mental saya sekarang? Adakah kesan2 dan trauma masih berlarutan? Saya kongsi dari pengalam peribadi. #trauma #bullyingawareness #bullyvictim? #testimony #realstories

? original sound – Josh Awang – Josh Awang

Sumber: TikTok Josh Awang

SKIP THIS AD ×