
Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona berkongsi detik cemas apabila kereta miliknya terlanggar dinding sewaktu di kotak parkir.
Artikel Berkaitan: Leona Kecewa Permintaan Dada Ayam Tidak Ditunai, Peniaga Ayam Gepuk Tampil Mohon Maaf
Leona masih cool

Menerusi perkongsian di TikTok, Leona menunjukkan kesan calar pada bahagian sisi belakang kenderaan miliknya.
Saya terlibat dalam kemalangan kereta. Memang bukan sesuatu yang kelakar, sebab itu kereta pertama saya bukan Porsche.
Reaksi spontan dan tenang anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya terhibur melihat sikap relaks Leona biarpun berdepan situasi tidak diingini.
Menjawab salah satu komen netizen, Leona menjelaskan ketenangan itu hadir selepas dia menghubungi ibunya untuk mendapatkan nasihat dan sokongan.
Saya ada telefon ibu beritahu yang saya kemalangan lagi dan ibu cakap, ‘tak apa, boleh baiki, jangan risau’. Dia hanya mahu memastikan saya dalam keadaan baik.
Sumber: TikTok








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)