
Pempengaruh media sosial, Leona, meluahkan rasa kecewa apabila peniaga ayam gepuk gagal memenuhi permintaannya untuk mendapatkan bahagian dada ayam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Mengaku ‘Gila’ Perhatian, Nak Jadi ‘Centre Of Attention’ – ‘Saya Suka..Tak Kisah Baik Atau Buruk’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhar Sulaiman ‘Renovate’ Bilik Leona Buat Netizen Cemburu – ‘Bestnya Ayah Arkitek, Boleh Minta Je’
Makan dada ayam saja

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Kasih Iris Leona Azhar, 23, berkata dia menulis nota semasa membuat pesanan, lengkap dengan perkataan ‘tolong’.
Bagaimanapun, permintannya diabaikan hingga menyebabkan dia berasa sedih dan membuat keputusan untuk tidak membeli lagi di kedai tersebut.
Saya cakap nak dada ayam saja, please.
Saya tidak akan buat pesanan di kedai ini lagi. Saya hanya makan dada ayam saja.
Saya sedih sangat sebab ayam ini bukan dada ayam.
Saya dah cakap ‘please‘ tapi mereka masih tidak tunaikan permintaan saya.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian daripada peniaga ayam gepuk berkenaan yang kemudiannya memohon maaf kepadanya.
Kata peniaga itu, pihak mereka tidak memandang rendah terhadap isu berkenaan dan mengambil berat terhadap setiap aduan pelanggan.
Pun begitu, respon itu mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang berpendapat tindakan itu hanya diambil selepas isu itu melibatkan pempengaruh dan selebriti.







