berita

Kereta Perisai, Unit Udara & Anggota 69 Komando Bakal Ditambah Di Sempadan Malaysia-Thailand

November 26th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pada 13 November lalu, GA Koperal Baharuddin Ramli maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala rakan setugasnya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah terkena tiga das tembakan pada kanan perut dan rusuk belaka

Kejadian yang berlaku di sempadan Malaysia-Thailand itu dikatakan sebagai amaran kepada pihak berkuasa Malaysia berikutan tindakan kerajaan mengetatkan kawalan sempadan sehingga menyukarkan kegiatan penyeludupan

Nyaris terkena tembakan curi

Menurut Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak, Lans Koperal Bob Rizan Jang dia terdengar bunyi enjin kereta diberhentikan pada jarak berdekatan ketika dia mengawal kawasan sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Pos Malaysia.

Saya geram apabila mengenangkan kejadian nyaris terkena tembakan curi yang dilepaskan musuh (penjenayah) pada 12 November lalu. Saya nampak seorang lelaki melepaskan dua das tembakan ke arah saya menyebabkan saya tergamam kerana menyangka dia hanya main-main.

Tetapi selepas ternampak percikan api dan kesan letusan peluru di permukaan tar, saya terus melarikan diri berlindung di tiang elektrik dan cuba bertahan.

Lans Koperal Bob tidak menyangka mereka akan melepaskan dua das tembakan kerana sangkakan mereka hanya ingin menyeludup dan menceroboh pagar sempadan.

Akan tambah bilangan anggota di kawasan itu

Sementara itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) yang melaksanakan Op Benteng akan menambah tiga unit kereta perisai dengan kekuatan 12 anggota yang dibahagikan kepada tiga kumpulan, manakala tugasan pemantauan udara akan dilakukan oleh Unit Udara dibantu oleh VAT69 dan anggota penjejak dari Batalion 3 PGA yang akan melakukan tinjauan di darat di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Dalam meningkatkan lagi kawalan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, kita juga perlu menambah bilangan keanggotaan sama ada daripada pihak ATM atau PDRM.

Tambah Ismail Sabri, kementeriannya akan berbincang bersama NTF supaya apa yang dilaksanakan di kawasan Op Benteng Sabah termasuk di Semenanjung, pantai barat sebagainya dapat digemblengkan di Op Benteng di kawasan utara.

Malah Pasukan Gerakan Am (PGA) juga akan menggerakkan unit berkuda, unit udara, unit kereta perisai dan anggota 69 Komando (VAT69) ke sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha mencegah aktiviti penyeludupan, dan memburu penyeludup.

Kita juga akan tempatkan tiga unit berkuda melakukan rondaan di sepanjang sempadan bermula dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Padang Besar.

Sehingga kini, Polis Diraja Malaysia telah berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah dengan polis Kedah merampas lebih 100 kilogram heroin dianggarkan bernilai RM10 juta pada petang semalam,

Sumber : Harian Metro, Bernama

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×