
Anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, iaitu Nina Sabrina Ismail Sabri menitikberatkan pembelajaran Bahasa Melayu terhadap anaknya, Jeanelle Nika Mandagie.
Artikel Berkaitan: Nina Sabrina Ismail Sabri Umum Hamil, Bakal Timang Cahaya Mata Pertama Bersama Hafiz Osman
Artikel Berkaitan: ‘Dah Lama Letak Titik Noktah Sebelum Bercerai’ – Nina Ismail Sabri
Belajar Bahasa Melayu

Menerusi perkongsian di Threads, Nina memberitahu puterinya itu sebelum ini lebih menguasai Bahasa Inggeris terutama ketika bertutur.
Namun, penggunaan Bahasa Melayu Jeanelle semakin baik selepas dia menghadirikan diri ke kelas.
Saya suka dengar Jeanelle bercakap dalam Bahasa Melayu, dia guna bahasa baku.
Seperti kebanyakan kanak-kanak yang lain sekarang ini, dia sebenarnya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Bagi saya, sayanglah kalau Bahasa Mandarin dan lain-lain dia sibuk belajar, tapi Bahasa Melayu tidak.
Dia mula mengikuti kelas Bahasa Melayu dan sekejap saja dia sudah lebih yakin untuk berbual dalam Bahasa Melayu.
Puas membebel
Dalam nada berseloroh, Nina berkata, dia kini lebih suka berleter kerana Jeanelle sudah mula memahami percakapannya.
Ia juga membantu sebab bila saya membebel, entah kenapa bunyinya lagi sedap kalau dalam bahasa Melayu, jadi sekarang dia boleh faham dan balas.
Kalau tidak, dulu macam membebel dengan pintu saja. Dia langsung tak ada perasaan dekat tepi tu sebab tak faham.
Bila dia jawab balik dalam Bahasa Melayu, terus jadi tak marah. Dalam hati, ‘comelnya dia’..sebab dia kedengaran seperti sedang membaca sajak dengan bahasa bakunya.
Imbas kembali, Nina mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013, namun berpisah cara baik pada Ogos 2023.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Jeanelle yang kini berusia lapan tahun.
Nina kemudian mendirikan rumah tangga bersama Hafiz Osman pada November tahun lalu dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
