berita

Kes Datuk Seri Panjat Pagar SPRM Terjawab, Lepas Tengok CCTV Rupa-Rupanya…

October 15th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Terdahulu, kecoh satu berita mengenai Datuk Seri yang terlibat dalam sindiket Macau Scam telah melarikan diri dengan memanjat pagar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Dia Melantun’ – Netizen ‘Pelik’ Macam Mana Suspek Macau Scam Boleh Panjat Pagar SPRM

Susulan daripada insiden itu, pelbagai persoalan yang timbul adakah suspek dilarikan atau dibantu pihak tertentu.

Berlaku kekecohan di SPRM

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, kejadian tersebut berlaku pada 11 Oktober iaitu ketika itu, sembilan orang suspek telah dibawa ke pejabat SPRM untuk urusan dokumentasi jaminan.

Tetapi lain pula yang jadinya apabila kesemua suspek enggan keluar daripada kenderaan masing-masing selepas melihat kehadiran ramai anggota polis di lobi pejabat SPRM selain berlakunya kekecohan. Namun, tidak lama selepas itu, pihak polis akhirnya bersetuju untuk menunggu di pintu utama luar pejabat berkenaan.

Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, kesemua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing keluar dari Ibu pejabat SPRM. Terdapat empat kenderaan model Velfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput suspek yang melarikan diri itu.

Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama ditahan polis dan suspek-suspek ditangkap semula polis. Walau bagaimana pun salah seorang seorang suspek yang telah dibebaskan dengan jaminan, diserahkan SPRM kepada peguam beliau.

Dibantu pengawal peribadi

Walaupun begitu, suspek utama Macau Scam yang juga merupakan Datuk Seri itu dikatakan sudah memasuki kenderaan Velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu untuk menuju ke pintu pagar utama. Namun, secara tiba-tiba suspek bertindak keluar daripada kereta dan melarikan diri ke pagar sisi pejabat SPRM.

Ketika pihak polis menahan kereta terbabit, baru lah mereka sedar bahawa suspek sudah melarikan diri.

Suspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama. Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.

Menerusi rakaman CCTV memperlihatkan suspek berjaya melepasi pagar tersebut dengan bantuan dua orang ‘bodyguard’. Bukan itu sahaja, sebuah kereta Perodua Myvi telah menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan suspek.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×