berita

‘Mungkin Dia Melantun’ – Netizen ‘Pelik’ Macam Mana Suspek Macau Scam Boleh Panjat Pagar SPRM

October 15th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral apabila suspek utama bergelar Datuk Seri yang terlibat dengan Macau Scam sempat melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut SPRM suspek tersebut panjat pagar untuk mengelak dari ditahan pihak polis.

Walau bagaimanapun, perkara ini menimbulkan keraguan ramai orang sehingga ada yang mempersoalkan kredibiliti PDRM dan SPRM. Sehingga kini belum ada maklum balas berhubung kejadian berkenaan yang dikeluarkan PDRM dan SPRM dan masing-masing mula troll bagaimana suspek boleh panjat pagar.

‘Kita berdepan dengan kes jutaan ringgit rakyat Malaysia’

Hal ini turut mendapat perhatian daripada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang bimbang jika perkara ini akan menjadi pertikaian masyarakat.

Bagaimana suspek boleh memanjat pagar dan mampu mengatur rancangan meloloskan diri selepas dibebaskan SPRM untuk proses reman PDRM? Ketika jangka masa penyerahan suspek kepada PDRM, kenapa tidak ada pengiring dan SOP yang dipatuhi? Ini mengundang keraguan.

Tambah beliau lagi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga perlu memberi perhatian kepada perkara itu ia boleh menjejaskan imej badan penguat kuasa yang diberi amanah besar.

Jadi pertikaian orang ramai

Di ruangan komen, netizen mula ‘troll’ situasi bagaimana suspek boleh memanjat pagar pejabat PDRM yang tinggi. Perkara ini dianggap tidak logik oleh netizen memandangkan suspek bukanlah seorang yang ‘fit’. Tak kurang juga yang kongsi foto-foto lucu yang mengaitkan dengan insiden terbabit.

Netizen jarang tak kelakar

Sumber : Harian Metro

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×