berita

‘Kes Ini Sangat Juicy Contentnya’- Azhar Sulaiman

July 25th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Pu Azman

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon Azhar Sulaiman, 52, berkata kes yang membabitkan pendakwah selebriti tersebut perlu dikendalikan secara tertutup demi menjaga nama baik Islam.

Artikel Berkaitan:‘Saya Tak Percaya..Seorang Ustaz Tak Akan Buat Benda Maksiat Seperti Ini’ – Bapa Mangsa

Artikel Berkaitan: ‘PU Azman Suruh Anak Saya Ambil Minyak & Sapukan Di Bahagian Kemaluannya..’ – Ibu Mangsa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Suruh Ulas Kes PU Azman, Caprice Kata Tak Elok Buka Aib

Lebih baik dikendali secara tertutup

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon Azhar Sulaiman, 52, berkata kes yang membabitkan pendakwah selebriti tersebut baru-baru ini sebaiknya tidak dikendalikan secara terbuka untuk menjaga nama baik Islam.

Pada pandangan Behar. Disebabkan kes ini sangat juicy contentnya, maka adalah lebih baik kes ini dikendali secara tertutup. Demi menjaga nama baik agama Islam.

Setakat ini, seramai 26 saksi dipercayai akan dipanggil sepanjang perbicaraan kes tersebut sehingga 28 Julai.

Terdahulu iaitu pada 12 Oktober 2022, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan, Nilai pada 6 Julai tahun lalu. Selain itu, tertuduh tidak mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan lain berhubung kesalahan jenayah seksual di Mahkamah Ampang, Klang dan Shah Alam.

Sumber: Azhar Sulaiman

SKIP THIS AD ×