berita

Kes Pertama Di Malaysia Selepas 27 Tahun Malaysia Bebas Polio

December 9th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Malaysia digemparkan dengan berita seorang kanak-kanak berusia 3 bulan di Sabah telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes polio ini adalah kes pertama menyerang Malaysia selepas 27 tahun negara kita bebas dari penyakit itu.

Mengalami lemah anggota badan

Gambar hiasan

Kanak-kanak lelaki itu telah mengalami demam dan mengalami lemah anggota badan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital sebelum disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada Jumaat lalu. Tambah Dr Noor Hisham Abdullah, bayi itu masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil namun, masih memerlukan bantuan pernafasan.

Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh Makmal Wilayah Polio, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di Australia, virus itu mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes acute flaccid paralysis (AFP) di negara Filipina.

Bagi mereka yang telah divaksinasi dengan vaksin poliomyelitis, mereka akan mendapat perlindungan daripada jangkitan penyakit itu.

Imunisasi penting untuk perlindungan

Gambar hiasan

Kementerian Kesihatan Malaysia turut pemantauan sampel persekitaran di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti kawasan petempatan warga asing dari negara yang mengalami polio perlu diperluaskan.

Bagi Sabah yang paling hampir dengan negara Filipina, liputan imunisasi yang tinggi adalah penting untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan polio.

Orang ramai khususnya ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan anak-anak telah mendapat imunisasi polio yang lengkap di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran selain mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran yang berterusan.

Selain itu, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia turut menasihati ibu bapa untuk memastikan anak-anak mendapat imunisasi polio yang lengkap. Sekirangnya, kanak-kanak yang cicir imunisasi boleh dibawa ke mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan imunisasi dengan segera. Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran yang berterusan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×