berita

Kes Pukul Warga Emas Sampai Mati Akibat Tanam Pokok, Seorang Lelaki Direman

June 10th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Susulan kes pembunuhan melibatkan seorang warga emas dipercayai angkara perselisihan faham mengenai tanaman pokok, seorang lelaki direman selama enam hari di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, Kelantan, hari ini, bagi membantu siasatan.

Reman berkuat kuasa Jumaat hingga Rabu

Memetik laporan Sinar Harian, reman terhadap suspek yang berusia 62 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Rusli Ahmad, dan tempoh reman berkuat kuasa pada Jumaat sehingga Rabu ini.

Mangsa, seorang warga emas yang berusia lewat 60-an ditemui meninggal dunia di bahagian dapur rumahnya dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun telah mengesahkan reman berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum mati mandatori.

Terdahulu, dilaporkan seorang lelaki warga emas maut akibat serangan jantung selepas dipercayai dipukul oleh jirannya dengan kayu akibat pergaduhan yang berpunca daripada mangsa yang menanam pokok di sebuah laluan di Jalan Kelochor, Kota Bharu.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×