berita

Kes Rasuah: Bung Moktar & Isteri Dapat Tangguh Perbicaraan Bela Diri Kali Kedua

January 3rd, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette, sekali lagi diberikan kebenaran menggantung perbicaraan membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Artikel Berkaitan: Zizie Ezette Mengaku Terima Wang Pengenalan Berjumlah RM2.8 Juta – Saksi

Artikel Berkaitan: Mummy Akan Pulang Ke Rumah? Pertanyaan Anak Zizie Izette Undang Tangisan

Penggantungan bela diri

Di Mahkamah Tinggi, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan penggantungan terbabit apabila peguam bela tertuduh, M. Athimulan, memaklumkan bahawa kedua-dua anak guamnya memohon menggantung pendengaran pembelaan mereka, sementara menunggu rayuan kes dilupuskan di Mahkamah Rayuan.

Dalam pada itu, rayuan yang dibuat Bung Moktar dan Zizie Izette tidak mendapat bantahan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sophian Zakaria. Malah, ini merupakan kali kedua pasangan ini mendapat penangguhan prosiding bela diri.

Sebelum ini, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette untuk menggantung perbicaraan kes tersebut yang dijadual berlangsung pada 23 September tahun lalu sekali gus menangguhkan prosiding bela diri mereka.

Sepatutnya, hari ini ditetapkan perbicaraan hari pertama bela diri bagi pasangan suami isteri itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob.

Untuk rekod, pasangan ahli politik ini berdepan pertuduhan menerima rasuah bernilai RM2.2 juta dan RM262,500 membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad menerusi nama isterinya Zizie Izette.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×