berita

‘Kesal Dengan Netizen Yang Konon Pandai Tapi Terserlah Kebodohan’ – Siti Nurhaliza ‘Back Up’ Liza Hanim

September 26th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi Liza Hanim meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang mengutuk rupa parasnya.

Artikel Berkaitan: Liza Hanim Dikutuk Muka Berlubang & Hidung Kembang – ‘Tergamak Komen Begini, Tak Bertimbang Rasa’

Back up Liza Hanim

Terbaharu, rakan seindustri iaitu penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mempertahankan Liza dengan menyelar komen pengguna media sosial terbabit.

Menurut Siti, dia kesal dengan kelantangan netizen yang jelas menunjukkan keperibadian tidak baik apabila mengkritik fizikal Liza.

Tulisan daripada @jab_netizen jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik dan hati yang hitam. Jangan menyentuh soal fizikal, sebab semua orang tidak sempurna.

Kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya.

Pada perkongsian sama, pelantun lagu Purnama Merindu itu turut memberi kata-kata semangat kepada pemilik nama lengkap Haliza Hanim Abd Halim.

My dear sis Liza Hanim, teruskanlah perjuangan kerana setiap pengorbanan / kesungguhan Allah S.W.T janjikan kejayaan! Inilah masanya. Semoga Allah permudahkan segalanya buat mu sis!” ujarnya lagi.

Sementara itu, Liza dilihat membalas komen Siti dengan mengucapkan terima kasih dan berharap semua orang akan mengambil iktibar daripada isu yang terjadi.

Allahuakbar terima kasih yang (sayang). Sebak baca komenmu. Semoga semua dapat iktibar dari isu ni dan be kind to one another. Love you.

Terdahulu, Liza Hanim tampil memberikan respon terhadap komen seorang pengguna media sosial yang mengutuk fizikalnya.

Jelas Liza, dia bersyukur dengan kurniaan Allah namun pada masa sama mempersoalkan standard kecantikan untuk seseorang individu itu memenangi sebarang pertandingan di Malaysia.

SKIP THIS AD ×