berita

‘Kesalahan Itu Kau Ulang Sehingga 6 Kali’ – Rumahtangga Bergolak, Lufya Omar Dakwa Dianiaya Suami

September 13th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Sudah menjadi lumrah, setiap pasangan yang berkahwin pasti akan merasai asam garam rumah tangga. Kadang kala, ujian ini lah yang akan mengeratkan lagi sesebuah hubungan itu. Jadi, untuk menyelamtkan masjid yang dibina, kita perlu akur serta berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan segala perselisihan faham tersebut.

Terbaru, pelakon cantik jelita, Lufya Omar telah memuat naik satu posting di Instagram yang mendakwa dirinya telah dianiaya oleh suaminya, Che Muhammad Hafiz.

‘Dah cukup lama aku dianiaya’

Menerusi posting tersebut, Lufya menunjukkan screenshot bahawa dia telah di blocked dari Instagram milik suaminya. Dia juga turut mendakwa bahawa Che Muhammad Hafiz mula memberikan masalah serta tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami sehingga tiga bulan setengah selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Tambah Lufya, dia mendakwa telah dianiaya dan difitnah oleh suaminya sendiri semata-mata untuk menutup kesalahan yang dilakukan.

Follow..Unfollow.. Blocked? Follow.. Unfollow.. Blocked?

Ni cara nak selesaikan masalah ke? Lari dari tanggungjawab sehingga masuk tiga bulan setengah berturut-turut. Jangan cakap isteri tak tutup aib suami kalau suami tu yang buka aib di dada! Dah cukup lama aku bersabar. Dah cukup lama aku dianiaya!

Fitnah isteri dekat keluarga macam-macam, just to cover your big mistakes. Enough is enough.

‘Kesabaran aku diduga terlalu lama’

Tambahnya lagi, suaminya dikatakan telah mula menimbulkan penganiayaan sejak tiga bulan mereka berkahwin. Apa yang lebih mengejutkan, lelaki itu telah mengulangi kesilapan yang sama sebanyak enam kali.

Aku bercita-cita nak jadi isteri solehah sebab tu aku diam sampai makan diri. Aku pernah sakit, aku kemurungan tak sangka impian dan cita-cita nak jadi isteri solehah sesukar ini cubaannya.

Kesabaran aku diduga terlalu lama. Sejak tiga bulan kita berkahwin awak dan buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran. Kesalahan itu kau ulang sehingga enam kali.

Aku diam, aku diam, aku diam sampai tak mampu aku pikul sendiri lagi. Luka dekat badan tak sesakit luka dekat dalam hati ini. Thank you so much.

Respon netizen

Rakan artis dan netizen turut memberi respon terhadap posting tersebut dengan mendoakan agar Lufya terus kuat dengan ujian ini dan diharapkan agar segala urusan dipermudahkan.

Sumber: Lufya Omar

SKIP THIS AD ×