Umum mengetahui, usia perkahwinan pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose kini sudah memasuki tahun yang ketiga namun, masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.
Artikel Berkaitan: ‘Mesti Keluarga Je Yang Undi, Semua Orang Undi Aina Abdul Kot’ – Disindir Netizen, Ini Respon Ernie Zakri
Disindir netizen
Terbaru, Uqasha memuat naik foto memaparkan dirinya ditata rias oleh seorang jurusolek di Instagram (IG).
Meskipun dipenuhi dengan komen-komen murni wargamaya yang memuji kecantikan pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu namun, terdapat pula satu komen yang kurang enak dibaca ditinggalkan oleh seorang netizen.
Menerusi komen yang ditinggalkannya itu, netizen tersebut menyindir Uqasha dan Kamal yang belum mempunyai rezeki dikurniakan cahaya mata.
Lebih teruk, netizen berkenaan turut menyindir adik kepada Uqasha, Nelydia Senrose yang turut berdepan dengan situasi sama.
Kesian, adik-beradik tak ada anak lagi.
Respon Uqasha
Tidak berdiam diri, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu dilihat tidak melatah sebaliknya dengan tenang membalas komen tersebut dengan menjelaskan bahawa rezeki cahaya mata adalah ketentuan Allah S.W.T.
Ya Allah , sedih nya boleh awak cakap mcm ni? Tu rezeki dari Allah, terima kasih banyak-banyak.
Masha-Allah, terima kasih banyak-banyak, rezeki dari Allah.
Sekadar info, usia perkahwinan Kamal Adli dan Uqasha Senrose kini memasuki tahun yang ketiga selepas mereka bernikah pada 5 November 2021 yang lalu.
Namun, mereka belum lagi mempunyai rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Instagram