berita

Ketagih Makan Makanan Pedas Sejak Kecil, Syafie Naswip Selamat Bedah Apendiks

September 1st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Syafie Naswip telah selamat menjalani pembedahan apendiks, baru-baru ini di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Boleh Brain’ – Syafie Naswip Kecam ‘Marketing’ Murahan Pelakon Nak Promosi Drama

Sakit perut

Kongsi Syafie, pembedahan itu terpaksa dijalankan selepas dia dikejarkan ke hospital kerana mengalami kesakitan yang teruk.

Tough journey. Ianya satu pengalaman yang bagus tapi bila fikir balik satu kenangan yang menakutkan untuk diingati. Cramps perut selama 2 hari. Sakit hanya Tuhan yang tahu.

Ujar pelakon ‘Mukhsin’ ini, setiap malam dia akan berasa sakit apabila beralih posisi badan. Tambahnya, hal tersebut menyebabkan dirinya sukar untuk bernafas dengan baik.

Ini semua salah saya sebab ketagih makan masakan pedas sejak kecil. Tapi aku belajar banyak benda baru selama 4 hari kuarantin di Hospital. Terima kasih semua yang datang melawat, doa, wish di whatsapp atau DM. Minta maaf tidak sempat nak reply satu satu. Sebab masa yang ada banyak untuk berehat. Akan diusahakan reply one by one.

Di akhir posting, Syafie mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip)

Sumber: Syafie Naswip

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×