
Pendakwah bebas PU Syed tampil membuat teguran kepada pelakon Syafie Naswip yang didakwa memegang watak sebagai seorang wanita.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Tegur Azwan Ali Berpakaian Seperti Wanita – ‘Buatlah Perkara Yang Bermanfaat, Berubah & Jadi Lelaki Semula’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Respons Lagu & MV ‘Bukit Mak’ – ‘Untuk Namewee & Harith, Jangan Mainkan Sentimen Di Malaysia Ini’
Teguran PU Syed
Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menegaskan bahawa pemakaian seperti wanita adalah haram dan berdosa meskipun hanya lakonan.
Kerap kali isu ini saya bangkitkan iaitu teguran kepada para pelakon, jangan kita lakonkan watak seorang wanita jika kita adalah seorang lelaki.
Memakai pakaian wanita, melakonkan watak wanita atau bergaya macam perempuan. Walaupun lakonan ia tetap haram dan berdosa.
Yang saya maksudkan adalah pelakon Syafie Naswip. Kena tahu halal dan haram, watak-watak yang tidak boleh dibawa.
Salah satu wataknya adalah melakonkan watak yang berlainan jantina apatah lagi memakai pakaian wanita walaupun kita hanya melakonkan dan menghayati watak tetapi tidak dibenarkan meskipun perkara itu main-main.
Menurut PU Syed, Islam dan Nabi Muhammad SAW melarang orang lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya.
Islam menegah perkara ini, bahkan Nabi Muhammad SAW melaknat perbuatan menyerupai jantina lain.
Melakonkan watak wanita bagi seorang lelaki memang tidak dibenarkan, gaya sebegitu tidak dibenarkan syarak.
Watak lebih sesuai
Justeru, PU Syed menasihati Syafie supaya tidak meneruskan lakonan tersebut dan dapat meninggalkan perkara yang ditentang dalam agama.
Saya harap pelakon ini dapat sedar, kalau boleh jangan teruskan lakonan ini, carilah watak-watak yang lebih segar dan patuh kepada syariat kerana kamu ada bakat serta ramai peminat.
Saya tak nak ia akan menjadi punca membawa orang lain terjerumus ke arah itu dan seolah-olah mengangkat golongan ini untuk menjadi ikutan.
Carilah watak-watak yang lebih selamat dari segala fitnah, khasnya kepada agama dan diri sendiri.
Sumber: IG PU Syed








