berita

Ketagih Porno, Lelaki Tergamak Rakam Ibu Mentua Mandi & Cabul Adik Ipar Usia 9 Tahun

October 25th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Lelaki Rakam Ibu Mentua Mandi

Seorang lelaki berusia 21 tahun dari daerah Rejang Lebong, Indonesia ditahan pihak polis selepas dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap keluarga mentuanya sendiri.

Artikel Berkaitan: Kerana Dendam, Remaja Skodeng Sepupu Mandi & Sebar Online Akhirnya…

Ketagih porno Jepun

Lelaki Rakam Ibu Mentua Mandi

Memetik laporan portal Detik News, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu disebabkan ketagihan menonton video porno di Internet.

Menurut Ketua Polis Daerah Rejang Lebong, Koperal Ibnusina Alfarobi, suspek yang berusia 21 tahun itu ditahan selepas kantoi merakam ibu mentuanya yang sedang mandi di dalam bilik air.

Mangsa yang sedang mandi menjerit ketakutan apabila mendapati terdapat sebuah telefon bimbit yang sedang merakamnya di luar bilik air sebelum memarahi suspek.

Melihat kejadian itu, anak mangsa yang baru sahaja berusia 9 tahun pun memberanikan diri menceritakan perkara buruk yang menimpanya.

Menurut mangsa, suspek pernah mencabulnya sebanyak dua kali iaitu pada Julai dan Ogos 2023.

Pihak kami kemudiannya menahan suspek selepas mendapat laporan dirinya bertindak mencabul adik iparnya yang masih berusia 9 tahun.

Suspek mengakui dirinya bertindak merakam ibu mentuanya serta mencabul adik iparnya itu kerana terpengaruh dengan video porno Jepun yang ditontonnya.

Suspek kini ditahan dan akan disisat kerana melakukan kesalahan di bawah Undang-undang Perlindungan Anak dan sekiranya didapati bersalah, akan berhadapan dengan hukuman penjara selama 15 tahun.

Sumber: Detik News

SKIP THIS AD ×