berita

Ketahui 5 Fakta Menarik Tentang Pelumba PETRONAS Yamaha SRT, Tak Sangka Sebenarnya…

March 22nd, 2019 | by Epul
Kini Trending

Begitu pantas masa berlalu, perlumbaan pembukaan pertama bagi Kejohanan Dunia MotoGP 2019 di litar Losail, Qatar telah pun berakhir. Apa yang pasti kisah suka duka dan cabaran hidup kesemua #pengejarimpian #teamPETRONAS tahun ini membuatkan admin sangat teruja! Negara kita Malaysia, tidak melepaskan peluang untuk menghantar wakil bagi merebut gelaran juara dalam kejohanan yang diadakan setiap tahun.

Tahun ini, Malaysia menghantar 5 ahli pasukan pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) yang terdiri daripada Fabio Quartararo, Franco Morbidelli, Ayumu Sasaki, John McPhee dan Khairul Idham Pawi. Masing-masing mempunyai kebolehan, pengalaman, kepakaran dan kehebatan dalam perlumbaan yang tersendiri.

Admin juga sempat mengorek beberapa fakta menarik tentang mereka ketika majlis pengumuman ahli pasukan itu di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC baru-baru ini. Memang mereka ni betul-betul Pengejar Impian idaman hati rakyat Malaysia lah. Korang nak tau apa mereka sempat kongsikan?

Menjadi sebahagian daripada pelumba MotoGP hadiah paling istimewa buat Quartararo

Pemenang tempat ke-10 Kejohanan Dunia Moto2, Fabio Quartararo, 19, menganggap terpilih menjadi sebahagian daripada pasukan pelumba MotoGP adalah antara hadiah paling istimewa pernah diterima dalam hidup. Di samping, pernah menyertai dan memenangi beberapa perlumbaan di usia muda.

“Podium pertama yang saya sertai adalah di MotoGP Amerika pada tahun 2015. Kedua, bila menjulang kemenangan pertama di Kejohanan Dunia MotoGP Barcelona tahun lalu. Seterusnya, haruslah bila saya menandatangani perjanjian untuk berlumba di MotoGP pada Julai tahun lalu,” katanya.

Quartararo juga berkongsi, berada dalam MotoGP dan menjuarai perlumbaan di peringkat dunia adalah salah satu impiannya sewaktu kecil. Katanya, jika tidak menjadi pelumba hari ini, dia mungkin bekerja untuk Formula 1 (F1) atau MotoGP paddock.

“Kalau korang ingin tahu, saya juga pernah teringin menjadi pegawai polis saintifik sewaktu kecil,” katanya sambil tertawa. Haa, kenapa ya?

Morbidelli pernah teringin menjadi jurutera mekanikal dan pakar bedah veterinar

Morbidelli, kanan

Bagi kita atau beberapa lagi pelumba yang lain, salah satu pekerjaan yang diimpikan adalah menjadi pelumba motosikal. Namun, Franco Morbidelli, 24, mahu menjadi jurutera mekanikal dan pakar bedah vaterinar. Tak sangka betulkan?

“Kalau saya tidak menjadi pelumba hari ini, saya mahu menyambung pelajaran dalam jurusan mekanikal dan menjadi jurutera. Masa kecil juga, saya teringin menjadi pakar bedah vaterinar kerana begitu sayang akan haiwan,” katanya. Penyayangnya Morbidelli ni!

Morbidelli juga berkongsi detik manis dalam hidupnya apabila dia berjaya mendapat gelaran European Stock600 pada tahun 2013, menyertai podium pertama di Kejohanan Dunia Moto2 – Indianapolis GP pada tahun 2015, menjuarai Moto2 di Malaysia GP pada tahun 2017 dan beliau turut dianugerahkan gelaran Rookie of The Year 2017 pada tahun yang sama. Hebatnya!

Beliau pelumba paling muda, tapi di litar Sasaki luar biasa!

Bagi pelumba paling muda, Ayumu Sasaki, 18, beliau berkongsi dia banyak menyertai kelas karate sebelum menjadi pelumba. Ketika beliau berusia 8 tahun, datuknya membelikannya motosikal. Selepas itu, beliau banyak berlatih dan sehingga hari ini, dia sudah menyertai kira-kira 6 perlumbaan. Luar biasa kan?

Antara perlumbaan yang beliau pernah sertai:

2018: Moto3 World Championship (20th – 50 points)
2017: Moto3 World Championship (20th – 32 points / 2017 Rookie of the Year)
2016: Red Bull Rookies Cup (1st – 250 points) / Moto3 Junior World Championship (7th – 83 points)
2015: Asia Talent Cup (1st – 203 points) / Red Bull Rookies Cup (3rd – 161 points) / Moto3 Junior World Championship (21st – 21 points)
2014: Asia Talent Cup (4th – 111 points)

Sasaki yang berasal dari Jepun turut berkongsi, beliau mahu menjadi ahli bomba ketika berusia 5 tahun. Namun, selorohnya, “Nak bangun awal pun susah masa kecil, sebab asyik tidur. Ada hati nak jadi ahli bomba konon”.

Enam tahun pengalaman dalam Moto3, John McPhee kini #teamPETRONAS

John McPhee merupakan pelumba berusia 24 tahun dengan pengalaman enam tahun di kelas Moto3. Dilahirkan dan dibesarkan di Scotland di United Kingdom, bekas pesaing Kejohanan Dunia 125cc ini secara rasminya membuat debut Moto3nya pada tahun 2013, berikutan lapan penyertaan wildcard pada musim 2012 dengan penamat terbaik tempat ke-15 di Brno, dan telah menjadi pelumba sepenuh masa di kelas ini sejak itu.

McPhee mencapai podium pertamanya pada tahun 2015 di tempat kedua di Indianapolis. Pelumba Scotland itu telah meraih lima lagi podium termasuk kemenangan di Brno pada 2016 dan empat kedudukan petak pertama permulaan sebagai rekod pencapaiannya. Pendek kata, admin setuju sangat John McPhee berada dalam barisan Pengejar Impian PETRONAS tahun ini.

Ketika ditanya apa antara pekerjaan impian ketika kecil, mesti korang ingat dia nak jadi pelumba motosikal kan? Itu sudah pasti. Tapi, McPhee beritahu dia juga ada berangan nak jadi askar sewaktu kecil dulu tau!

Hasil pujuk ayah beli motosikal, kini dah jadi pelumba

Sesiapa yang mengenali Khairul Idham Pawi, 20, mesti perasan dia ni seorang yang pemalu bila didekati. Namun, bila kami korek rahsianya, Khairul Idham berkongsi kalau tak jadi pelumba sekarang ni, rasanya dia akan duduk bersama ayahnya di kampung selepas habis belajar.

“Kalau ada peluang, saya nak jadi pemain bola sepak kerana saya kerap bermain bola sepak sewaktu kecil dulu,” katanya. Ternyata segala-galanya berubah selepas dia mula menceburi bidang permotoran ketika berusia 13 tahun dan berhasil memujuk ayahnya supaya membelikannya sebuah motosikal.

Dah kenal pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team, sekarang kita kenal siapa penaja mereka…

Ya, admin tau tak lawak langsung. Dah nama pasukan pun PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team, mestilah penajanya PETRONAS kan? Ia diumumkan sendiri oleh Pengerusi PETRONAS, Datuk Ahmad Nizam Salleh ketika majlis pengumuman yang admin katakan tadi.

Ketika mengumumkan pelumba-pelumba di atas berserta warna dan logo PETRONAS pada motosikal dan gear pelumba di acara berkenaan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata PETRONAS bangga menjadi sebahagian daripada industri sukan permotoran Malaysia.

“Kerjasama ini membuka peluang buat PETRONAS meluaskan lagi sayap kami dalam dunia perlumbaan motor, dari peringkat akar umbi Cub Prix sehingga perlumbaan antarabangsa MotoGP, Moto2 dan Moto3. Ia bertujuan meningkatkan penjenamaan global dan kerjasama teknologi dalam bahagian bahan api dan pelincir.

“Menerusi penyelesaian teknologi cecair PETRONAS, kami berharap dapat terus menyumbang kepada prestasi pasukan dengan membangunkan dan menguji formulasi produk yang disesuaikan untuk meningkatkan lagi daya saingnya,” katanya dalam majlis pengumuman berkenaan.

Haaa… kalau korang nak tahu lebih banyak perkembangan dan kisah kejayaan tentang pelumba-pelumba hebat ni. Korang boleh ikuti pengembaraan #pengejarimpian #teamPETRONAS di laman sesawang PETRONAS Motorsports atau layari laman sosial @petronasmotorsports !

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×